5 cara mudah untuk berhenti merokok.

Merokok adalah satu tabiat yang bukan hanya tidak sihat, malah merbahaya dan boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang kritikal. Terdapat banyak tips untuk berhenti merokok tetapi majoritinya terdiri dari senarai perkara yang kita harus buat atau sebaliknya yang agak sukar untuk diamalkan. Merokok sebenarnya adalah satu tabiat dan ia mengambil masa untuk diubah. Untuk menghentikan tabiat yang tidak sihat ini, ianya mestilah mempunyai ciri-ciri yang mudah untuk diterapkan dalam kehidupan seharian supaya tidak terasa seperti bebanan yang terlalu berat untuk dilaksanakan.
Berikut adalah tips mudah untuk mereka yang ingin berhenti merokok. Anda boleh cuba semua atau pilih salah satu, tapi ingat ia tentu tidak berjaya tanpa niat yang ikhlas. (Gambar oleh visualpanic)
1. Selalu Berpuasa.
Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Apabila berpuasa, kita tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam, jika kita selalu berpuasa, kita tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah. Amalan ini boleh juga diamalkan oleh mereka yang bukan beragama Islam.
2. Berikan hadiah kepada diri sendiri.
Tetapkan satu habuan yang harus diberikan pada diri sendiri sekiranya tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok itu untuk membeli habuan yang positif untuk diri anda sendiri. Ataupun sedekahkan sahaja duit tersebut. Tentu lumayan pahala yang bakal diperolehi nanti.
3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang.
Seperti juga ibu bapa kita, tentu kita tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka dewasa kelak. Untuk mencapai matlamat ini kita haruslah menjadi contoh yang positif kepada mereka. Selalunya ibu bapa secara otomatik tidak akan merokok di hadapan anak mereka, terutama anak kecil. Tabiat meluangkan masa terluang dengan anak-anak ini secara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok disambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.
4. Aktif bersukan.
Individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri.
5. Sibukkan diri dengan kerja amal dan sukarela.
Kita selalu lupa dan tidak bersyukur betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik. Kita seharusnya mengambil iktibar dari mereka yang dijadikan tidak sempurna atau berpenyakit yang merbahaya. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita.
Lagi tips berhenti merokok
Smoking: Facts and Tips for Quitting
Ten unusual quit smoking tips.
Guide to Quitting Smoking
Similar Posts:
- Xlimit. Majalah Maya Karya Kreatif
- Mohd Ismail Baharudin.Penulis Blog & Usahawan Media Baru.
- Empayar Kukubesi
- Dr. Kassim Ahmad. Penulis & ahli falsafah.
- FPX. Pilihan e-Bisnes yang efektif.
Popularity: 18% [?]







9 comments
tips paling berkesan: jangan cuba / mula merokok.
Betul tu. Tapi untuk seorang perokok tegar, macam mana?
alas. thanks for the tips. been trying for a couple of times tapi still tak bolehhh jugak. and the links you provided were enormously useful. thank you and do wish me luck :) trying to quit for hopefully the last time now.
the most important is from within,the will to quit. everthing else would be just a minor factors.
the most important factors is those from within,the will to quit. everthing else would be just a minor factors.
klo qta dah ngelakuin tu smw tp gagal jg gmna?pa msh da tips yg bgs?
trima kasih ats tipsna. Tp kykNa tips anda krg kuat. yg jd lemahna ktk mlm hr. pdhl mlm hr adlh mlm bwt kt sntai2 smbl ntn tv. cuba bygkn pd saat kt ntn tv it stuasina jlas cm du2k sntai dan it bz mngingtkn mrokok. dan mgkn dgn ngemilpn kyk jg msh krg klo perokok it aktf mlah jstru bkin ajang blas dndam.
Numpang iklan.
Sekedar info bagi yang ingin berhenti merokok. Buruan daftar :
One day workshop “BERANI BERHENTI MEROKOK SAAT INI JUGA dengan SEFT”.
memperkenalkan SEFT (Spiritual Emotional Freedom Technique) yakni merupakan cara tercepat dan termudah untuk berhenti merokok. Hanya dengan ketukan-ketukan ringan di beberapa titik energy meridian tubuh, dalam waktu 5-50 menit mampu menghilangkan kebiasaan merokok.
Liat videonya di youtube berikut : http://www.youtube.com/watch?v=be_3Q-hDY3I
workshop diadakan :
Date: Sunday, November 22, 2009
Time: 9:00am - 3:00pm
Location: Hotel Harris Jl. Dr.Sahardjo no.191 Tebet (Dalam Konfirmasi)
Investasi hanya Rp 300.000,-
Pembicara : Assosiate Trainer LoGOS institute : Eko Nugroho
Informasi dan pendaftaran :
Dina Serly (021 9545 6326) atau
LoGOS Office 021 8660 5151
http://www.logos.co.id
sebagai catatan :
sumber : jawapos, 12 November 2009 halaman. 30
http://virtual.jawapos.co.id/
arsip tanggal 12 November 2009 hal 30
Perbandingan SEFT dengan tehnik terapi rokok lain sebagai berikut :
1. Hipnoterapi
Metode : Tanpa Obat dan Alat, menggunakan pendekatan psikologis.
Lama Terapi : Satu hingga empat sesi. Durasi satu sesi 2 jam dengan jarak antar sesi kurang lebih satu minggu
2. SEFT
Metode : Totok jari pada bagian tubuh tertentu disertai doa.
Lama Terapi : 5 - 20 menit.
3. Akupuntur
Metode : Menstimulasi beberapa titik tubuh menggunakan jarum
Lama Terapi : Minimal lima sesi hingga sepuluh sesi
4. Obat
Metode : Mengkonsumsi vareniclin untuk memberi rasa pahit saat merokok
Lama Terapi : Tiga bulan
Semoga bisa membantu bagi yang ingin berhenti merokok.
fuk u yop !!
Leave a Comment