RANtAi – ARt.

Acara Rantai Art 2008 yang berlangsung di The Red Bungalow, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru sahaja selesai pada 14 Desember lepas. Selama 3 hari, pengunjung disajikan dengan persembahan muzik dari kugiran-kugiran tempatan, pameran lukisan , jualan barangan seni dan perbagai lagi aktiviti seni. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rantai Art Event, ikutilah temurama yang berikut.

Q. Boleh kalian ceritakan serba sedikit latar belakang Rantai Art?
A. Rantai Art merupakan sebuah non-profitable organisasi seni yang bertujuan untuk membuka peluang kepada pengamal seni yang fresh, baru dan masih mencari identiti untuk bergabung/belajar dengan pengamal seni yang sudah lama bergiat di dalam satu ritual seni yang diadakan pada setiap hujung tahun. Sebenarnya Rantai telah banyak disalah erti dimana ramai menganggap fungsi kami sebagai pembuat teeshirt, penganjur acara musikal, kelab fotografi ataupun komuniti designer. Rantai hanyalah satu platform/’public space’ yang cuba memberi faedah kepada penggerak-penggerak seni yang ingin menjalankan aktiviti-aktiviti mereka seperti pameran seni visual, seni pentas, seni muzik, jualan barang kraf dan buatan sendiri(DIY), dan macam-macam lagi aktiviti seni di mana tiada limitation yang dikenakan melainkan tentang penjagaan kualiti.
Q. Siapakah individu disebalik Rantai Art?
A. Rantai bukan digerakkan oleh individu-individu tertentu, tetapi idea yang dijana daripada hasil perbincangan dari pelbagai pihak yang identiti mereka tidak perlu diketengahkan.
Q. Untuk membuat acara tahunan seperti acara Rantai ini bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan kerjasama dan koordinasi yang baik antara semua yang terlibat. Biasanya, berapa lama masa yang diambil, bermula dari peringkat perancangan untuk memastikan sesuatu acara itu berjalan lancar?
A. Untuk tidak menghadapi kesulitan ketika mengendali sesebuah acara, persediaan mestilah dilakukan enam bulan lebih awal. Untuk menjayakan sesebuah acara juga, wang merupakan faktor penting tetapi bukan paling utama. Yang penting adalah kesungguhan pihak penganjur untuk menggerakkan acara ini dengan lancar. Bila perancangan awal dilakukan, dan setiap anggota fokus melakukan kerja, barulah sesebuah acara itu boleh berjalan dengan sangat smooth seperti lagu rob thomas dan santana.
Q. Apakah antara perubahan atau kelainan yang boleh kita lihat pada acara kali ini?
A. Rantai Art Event kali ini bergerak tegas dengan mewujudkan sistem pemilihan. Ini kerana penyertaan buat tahun ini terlalu ramai, dan kami hanya ingin memilih karya-karya yang paling berkualiti. Tindakan ini dilakukan adalah untuk memberi satu tamparan kesedaran kepada mereka yang ingin menyertai acara kali ini supaya menitikberatkan KUALITI dan HASIL PRODUK mereka.
Kali ini juga Rantai buat pertama kalinya membuka ruang kepada komuniti buku. Peminat, penjual, pembaca dan juga pembeli buku boleh datang ke acara ini untuk berkongsi bahan dan minat mereka. Rantai menyediakan satu dewan khas untuk mengumpulkan segala jenis buku untuk mereka menjalankan aktiviti seperti menjual buku, berkongsi baca, bertukar secara sistem barter dan berkongsi pengetahuan.
Art therapy adalah acara yang juga ingin diperkenalkan di dalam Rantai Art Event buat pertama kali. Acara ini akan dikendalikan oleh pengamal seni yang berpengalaman, Fathullah Luqman Yusof. Art therapy berfungsi untuk menyalurkan pelbagai jenis emosi dalam satu suasana yang membina melalui penggunaan pelbagai medium seperti kanvas, cat, tanah liat dan batik. Untuk merasai sendiri pengalaman Art Therapy, bolehlah berkunjung dan bersama-sama terlibat dalam aktiviti ini.
Q. Pada anggaran kalian, berapa ramai penyertaan yang akan diterima untuk acara kali ini?
A. Anggaran mereka yang ingin terlibat dalam acara kali ini sangat sangat ramai. Oleh itu, kami telah melaksanakan sistem pemilihan karya untuk memilih karya-karya yang betul-betul berkualiti.
Q. Adakah kita akan lihat peserta yang sama seperti seperti acara sebelum ini atau bakat-bakat baru?
A. Kali ini kami menampilkan ramai karyawan-karyawan baru yang kreatif. Ada antara mereka yang pernah menyertai pameran di luar dan berminat untuk menyertai Rantai Art Event pada kali ini.
Q. Apakah antara isu yang perlu kalian perbaiki berdasarkan maklum balas dari orang ramai semasa acara tahun lalu?
A. Isu yang utama adalah isu kualiti karya dan produk. Semasa Rantai Art Event 2007, kami tidak menjalankan sistem pemilihan kerana mahu mencampuradukkan karyawan-karyawan baru dengan yang lebih berpengalaman. Apa yang kami dapati ada sesetengah peserta yang lebih mementingkan keuntungan dari menjaga kualiti produk mereka sendiri. secara tidak langsung, mereka telah menganggap Rantai Art Event sebagai pasar uptown tempat mereka menjual hasil-hasil berkualiti rendah mereka.
Q. Bagaimana kalian mengumpul dana untuk acara Rantai ini? Adakah ia daripada kutipan yuran penyertaan daripada peserta semata-mata? Adakah kalian mendapat tajaan dan bantuan dari mana-mana pihak?
A. Buat masa ini tiada sumber dana yang tetap untuk membiayai pergerakan kami. Segala perbelanjaan sebelum dan selepas acara diperolehi dari yuran penyertaan pameran seni dan jualan seni. Kami juga menjual merchandise seperti t-shirt dan poster yang masih boleh didapati sekarang secara online.

Q. Untuk acara Rantai kali ini, tempat yang dipilih adalah sama seperti tahun lalu. Mengapa?
A. The Red Bungalow Gallery & Space (TRBG&S) kini diuruskan oleh Rantai Art. Oleh itu, kami memilih tempat ini untuk menjadi lokasi acara-acara kami selepas ini. TRBG&S boleh disewakan untuk sesiapa yang ingin menjalankan acara seni sahaja. Untuk berbuat demikian, bolehlah berhubung terus dengan kami melalui email ataupun datang sendiri ke TRBG&S.
Q. Adakah kalian mempunyai perancangan untuk mengadakan acara Rantai ini di negeri-negeri lain pada masa akan datang?
A. Setakat ini, kami tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan acara Rantai di negeri-negeri lain. Kami merasakan belum masanya lagi untuk keluar dari negeri ini kerana selepas 3 tahun tahap kesedaran para pengunjung acara Rantai dan pemahaman mereka tentang fungsi Rantai masih kabur. Maka kami memilih untuk tidak kemana-mana buat masa sekarang. Kami tidak mengukur kejayaan sesebuah acara dengan jumlah pengunjung atau populariti, kami hanya ingin membawa seni dekat kepada pengunjung yang datang.
Q. Dari maklumbalas yang saya terima, acara Rantai sebelum ini mengetengahkan karya, peserta serta kugiran yang sesuai untuk golongan remaja sehinggalah awal 30an. Bagaimana pula tahun ini? Adakah ini merupakan golongan sasaran utama kalian?
A. Sebenarnya Rantai tidak menghadkan umur pengunjung yang datang ke acara kami. Oleh itu, kami tidak merasakan perlu untuk meletakkan sasaran umur. Seni adalah untuk dinikmati oleh semua :)
Q. Apakah antara aktiviti lain kalian selain acara tahunan ini?
A.Untuk 2009, kami telah menyusun acara-acara yang akan dijalankan di The Red Bungalow Gallery & Space (TRBG&S). Antaranya adalah Book Club@TRB, Akustika Sound @TRB dan Wayang Malam Sabtu. Selain itu, acara mengkritik karya seni juga bakal diadakan. Segala aktiviti-aktiviti ini akan dijalankan di TRBG&S di mana ia juga akan berfungsi sebagai pusat operasi kami.
Website : http://rantai-art.blogspot.com
Similar Posts:
- Idea Surrounding Us.
- Xlimit. Majalah Maya Karya Kreatif
- Oh Chentaku.
- Clickita.com. Transparency In Charity.
- 5 cara mudah untuk berhenti merokok.
Popularity: 2% [?]






3 comments
Kami tidak mengukur kejayaan sesebuah acara dengan jumlah pengunjung atau populariti, kami hanya ingin membawa seni dekat kepada pengunjung yang datang.
YA SETUJU!
Semoga event tahun lepas lagi meletop.
macam menarik je barang-barang yang diorang jual. keep up!
Leave a Comment