Saiful Nang. CEO / Principal Photographer, Candid Syndrom.
11 February 2010

(Nota: Tarikh asal temubual ini ialah pada December 10, 2008) Saiful Nang bukanlah nama yang asing di kalangan peminat fotografi di Malaysia. Terkenal sebagai juru gambar majlis perkahwinan, pelangan beliau terdiri dari selebriti, orang kenamaan, sehinggalah ke kerabat diraja. Terima kasih kepada Saiful kerana sudi menjawab soalan-soalan berikut.
Q. Saya difahamkan saudara mula berjinak dengan fotografi semasa belajar di MMU. Adakah minat itu lahir semasa belajar atau lebih awal dari itu?
A. Minat dalam seni sejak saya berumur 4 tahun. Lukisan pertama saya jual masa umur 7 tahun. Di MMU saya ada belajar sedikit tentang photography tetapi tidak secara mendalam. Dari situ saya mula merancang, apabila saya sudah ada kamera sendiri, saya akan usahakan diri saya untuk SENI fotografi.

Q. Candid Syndrom sudah sinonim dengan fotografi perkahwinan. malah ia merupakan satu fenomena dan telah melahirkan banyak ‘immitator’. Adakah saudara pernah terpikir CS akan berada pada tahap di mana ia berada sekarang?
A. Terima kasih kerana berfikiran begitu. Ramai juga immitator tak nak confess siapa yang mereka immitate. Lebih suka bila tanya idola mereka, suka sangat jawap photographer Mat Saleh, saya pun selalu cabar diorang, kalau Mat Saleh tu ambik gambar wedding Melayu di Malaysia, cubalah kalau mereka masih bagus lagi. Tapi rasanya, mereka akan rasa grand kalau idola mereka mat saleh, sama macam temubual artis kat URTV, Variapop dan lain-lain tu…artis idola mesti mat saleh. Cikai sangatkah kita untuk berkiblatkan negara sendiri? (Saya rasa dah meleret, baik saya jawap soalan semula). Apa yang berlaku sekarang adalah rancangan saya yang menjadi. Memang saya pernah set dalam diri untuk jadi jurugambar tersohor yang hasilkerjanya menjadi ikutan dan tiru tiruan kepada industri fotografi.

Q. Masih ingat pengalaman bersama pelangan pertama saudara?
Semestinya, sehingga sekarang Fuad & Marsila masih tetap menyokong kerjaya saya. Lagi baik dari itu, Fuad sekarang pun dah jadi wedding photographer.

Q. Dari mana saudara mendapat inspirasi dan siapakah yang banyak mengajar saudara tentang fotografi semasa di awal pembabitan saudara di dalam bidang ini?
A. Saya di ajar dengan sepak terajang dan penghinaan daripada sebuah forum fotografi tempatan yang pernah mengherdik saya kerana saya ini orang baru. Dari situ saya capai satu iltizam untuk bangkit sehingga mereka yang meludah saya dulu tidak mampu meludah saya sekarang. Kerana mereka perlu mendongak tinggi. Inspirasi saya hanya kerana penghinaan dan MINAT yang sangat mendalam dalam wedding. Yang mengajar teknikal-teknikal tu biasanya kawan-kawan.

Q.Apakah kamera SLR pertama saudara?
A. D70 Nikon
Q. Apakah kit kegemaran saudara yang selalu di bawa ke mana sahaja?
A. 16-35mm dan 70-200mm sahaja

Q. Saudara telah bekerja untuk selebriti, kerabat diraja juga Sultan Brunei. Adakah sukar bekerja dengan mereka? Apakah perkara yang perlu dielakkan bila bekerja dengan pelangan VVIP dan berprofil tinggi?
A. Mereka pun macam orang lain juga. Kena bersikap professional dan perlu menghormati mereka sepertimana mereka menghormati kita juga. Tidak ada masalah sangat kecuali ada sedikit protokol & adat bila berurusan dengan Sultan
Q. Saudara mempunyai cita-cita yang tinggi di dalam bidang ini, malah mahu bercita-cita mahu membina institut. Bagaimana saudara lihat potensi bidang ini di Malaysia dan juga antarabangsa?
A. Saya buat untuk diri sendiri, bukan untuk award dan pengiktirafan antarabangsa. Tetapi bila saya buat yang terbaik utk diri sendiri, biasanya yang lain-lain tu datang sekali dlm pakej yg baik. Institut?? Itu rancangan 2013 nanti insyaAllah, tapi dah mula langkah pertama dari sekarang.

Q. Baru-baru ini saudara ada menyertai screening filem pendek anjura / Sindiket Sol-Jah & Pena. Adakah kita akan lihat lebih banyak filem karya Saiful nang?
A. Pasti tidak. Saya berminat dalam fotografi sahaja. Video saya buat tu sebagai ihsan kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin Kajang sahaja.

Q. Boleh saudara cerita sedikit tentang Photocamp dan Photoskool?
A. Photoskool itu adalah ruang forum fotografi untuk beginner fotografi mendapatkan ilmu dari komuniti secara percuma
PhotoCamp pula adalah crashcourse untuk pengajaran fotografi terutama dalam “Seni Melihat” dan bukannya belajar guna kamera.

Q. Bagaimana pula dengan ClickCouture?
A. ClickCouture ialah GENG jurugambar yang benar-benar serius dalam industri ini.
Q. Adakah pakej Candid Syndrom mahal?
A. Ada alternatif dalaman untuk yang kurang bajet dan ada premium pakej untuk yang ada bajet besar. Kalau saya kedai kereta, saya ada jual. Proton Gen 2 sampai ke Ferrari.

Q. Pada pendapat saudara apakah ciri-ciri yang perlu kita ada untuk menjadi juru foto yang bagus?
A. MINAT MINAT MINAT MINAT MINAT….(others will fall in place)

Q. Untuk mereka yang ingin berjinak dengan bidang fotografi, apakah kit, software dan pekakasan asas yang perlu kita ada?
A. Mata dan Hati yang penuh suka. Benda-benda teknikal…terpulang. Saya pun bermula dengan kamera pinjam dengan 1 lens tanpa flash.

Q. Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang saudara, dan juga Candid Syndrom?
A. Saya suka ceritakan rancangan yang telah berjaya dari perancangan yang belum jadi lagi hehehe. Tapi since dah tanya ni, saya jawap lah…saya nak jadi seorang photographer yang berjaya :D
Website : http://saifulnang.net, http://candidsyndrom.com, http://www.flickr.com/photos/saifulnang
Similar Posts:
- Mukhriz Latif. Photographer.
- Empayar Kukubesi
- Mohd Ismail Baharudin.Penulis Blog & Usahawan Media Baru.
- Dr. Kassim Ahmad. Penulis & ahli falsafah.
- Yusof Gajah. Pelukis.
Popularity: 14% [?]





6 comments… read them below or add one
Cayala bro!
[…] Saiful nang bukanlah nama yang asing di kalangan peminat fotografi di Malaysia. Terkenal sebagai juru gambar majlis perkahwinan, pelangan beliau terdiri dari selebriti, orang kenamaan, sehinggalah ke kerabat diraja. Terima kasih kepada Saiful kerana sudi menjawab soalan-soalan berikut. Q. Saya difahamkan saudara mula berjinak dengan fotografi semasa belajar di MMU. Adakah minat itu lahir semasa belajar atau lebih awal dari itu? A. Minat dalam seni sejak saya berumur 4 tahun. Lukisan pertam Read more: Saiful Nang. CEO / Principal Photographer, Candid Syndrom & founding members of ClickCouture […]
[…] & salam sejahtera. Sedikit maklumat terbaru dari Sireh Dan Cengkeh. Temubual bersama; 1- Saiful Nang - CEO / Principal Photographer, Candid Syndrom & founding members of ClickCouture 2- Art Fazil […]
Great photos. Keep up the good work!
Saya sebenarnya sudah lama bermain dengan photography, tapi dah x serius sejak 10 tahun kebelakangan ini. Tapi sekarang dah masuk era ‘bloging’ rasa-rasanya ingin juga saya start balik dengan minat saya. Sekurang-kurangnya ada blog tempat saya ‘tampal’ hasil ‘karya’ saya..
Kepada anda2 yang telah berjaya, teruskan..good luck.
asslmmualaikum.hye..i’m student from uitm perak.i was given assignment by my lecturer about any topic that i like.i choose photography.because i like to take a picture.can i ask you about photography?based on your definition,can you tell me what is photography?what do you think career as a photographer?
Leave a Comment