Mohd Ismail Baharudin.Penulis Blog & Usahawan Media Baru.
26 November 2008

Mohd Ismail ialah seorang blogger yang prolifik dan kreatif. Oleh itu tidak hairanlah blog beliau MohdIsmail.net mempunyai mempunyai ramai pengikut dan pembaca setia. Menurut beliau, untuk menjadi blogger yang berjaya, kita harus pandai bersosial dengan pembaca dan blogger-blogger lain. Selain dari blog tersebut beliau juga adalah pengasas laman web hiburan yang popular OhBulan.com. Ikuti temubual saya bersama saudara Mohd. Ismail Baharudin.
Q. Sudah berapa lama saudara menulis blog? Adakah saudara mempunyai latar belakang IT?
A. Mengikut catatan arkib di’blog Mohd Ismail dot Net, tulisan aku bermula awal 2007. Tapi, aku sudah berjinak-jinak dengan dunia blog sejak 2006. Awal tahun depan genap 3 tahun (mungkin).
Sistem pendidikan nasional melontar aku untuk menjalani kehidupan seorang bakal jurutera. Maka, IT ini satu bidang yang perlu aku teroka sendiri. Senang cakap, tidak.
Q. Apa yang menarik saudara untuk menulis blog? Adakah kerana minat saudara di dalam bidang penulisan atau kerana inbuhan wang yang boleh diperolehi dari menulis blog?
A. Kebolehan untuk aku berkongsi pengetahuan & pengalaman itu yang mendorong jari aku menaip laju. Blog pada awal kemunculan di Malaysia jauh dari menjadi alat menjana duit — tapi dunia yang kita hinggap sekarang tegar menukar segalanya menjadi duit, kan?
Aku tidak lahir dengan minat menulis. Aku sangat bencikan karangan ketika dibangku sekolah. Tetapi sekarang, menulis bagai satu terapi yang menggembirakan hati.
Q. Jumlah trafik blog saudara meningkat dalam masa yang agak singkat dan blog Mohd Ismail dot Net (www.mohdismail.net) mempunyai pengikut setia yang ramai. Apakah tip asas yang boleh saudara kongsi kepada mereka yang ingin menjadi blogger yang berjaya?
A. Jadi kreatif & ada imej tersendiri. Di luar sana ada ribuan mereka yang mempunyai blog & jika seseorang itu mahukan perhatian dalam dunia blog, cari sesuatu yang unik dan gaulkan bersama penulisan kita.
Jangan juga lupa untuk bersosial dengan cara melawat blog lain & tinggalkan komen yang konstruktif. Setiap dari kita akan menghargai apa sahaja yang positif.
Q. Berapa kerap saudara menulis blog? Setelah mempunyai pembaca yang ramai adakah motivasi saudara untuk menulis masih sama seperti dulu? Adakah saudara menulis blog untuk diri sendiri atau para pembaca blog saudara?
A. Jika boleh, aku ingin menulis setiap hari tetapi dalam situasi sekarang aku hanya menulis 2 atau 3 hari sekali. Tetapi, aku akan pastikan apa yang aku keluarkan di’blog berbaloi untuk dibaca & adalah sesuatu yang baru.
Mempunyai khalayak pembaca sebenarnya menambahkan motivasi aku untuk menulis kerana aku sedar ada mata di luar sana yang mahu tahu apa akan aku tulis dalam entri seterusnya.
Awal penulisan blog dahulu, aku menulis untuk diri sendiri tetapi keadaan sudah berubah & aku perlu menulis sesuatu yang berguna untuk pembaca & dalam masa yang sama aku mendapat kepuasan diri.
Q. Apakah yang selalunya saudara tulis di dalam blog saudara?
A. Rawak. Kadang-kadang perkembangan terkini dunia internet, filem, muzik, atau permasalahan diri sendiri yang sering di’tafsirkan dengan entri gembira. Jarang orang perasan. Tetapi, aku akan pastikan entri-entri aku sekurang-kurangnya mengandungi 10% teks yang berguna untuk pembaca.
Q. Kenapa saudara pilih CMS Wordpress? Apakah kelebihan Wordpress berbanding platform-platform yang lain?
A. Kerana Wordpress dating dengan gadis seksi berskirt pendek. Ha ha! Tidaklah. Wordpress ini semacam satu CMS yang paling mudah untuk di’pelajari sturuktur’nya. Maka, aku boleh belajar lebih dari sekadar menulis blog. Satu sebab lagi kerana kebanyakkan penulis blog bertaraf dunia memakai Wordpress.
Q. Apakah plugin yang saudara gunakan dan harus juga digunakan oleh pengguna Wordpress di luar sana?
A. Untuk SEO (Search Engine Optimization), aku gunakan All-in-One SEO Plugin & . Plugin lain yang aku rasa relevan & penting adalah Related Post — boleh Google dan banyak plugin yang memberi fungsi sama.
Q. Siapakah blogger kegemaran saudara?
A. Jika penulis blog tempatan, aku sukakan Melayu Minimalis (akutakpeduli.blogspot.com) & Saharil (saharil.com). Komentar jujur mereka terhadap kehidupan sangat menarik.
Jika penulis blog antarabangsa, aku sukakan Darren Rowse (ProBlogger.net & pengasas b5Media – antara rangkaian blog terbesar dunia).
Q. Di Malaysia, terdapat sejumlah pro-blogger yang berjaya menjana wang dari menulis blog. Apakah pro dan kontra menjadi blogger di Malaysia?
A. Pro – Blog di’Malaysia masih baru & mereka yang betul-betul serius dalam penulisan blog pun masih sedikit bilangan’nya. Jika seseorang bermula hari ini dan berikan komitmen yang bagus, tidak mustahil satu hari beliau boleh berhenti bekerja untuk orang lain.
Kontra – Duit dari blog sebenarnya diperoleh dari pengiklanan & penjualan produk. Malaysia tidak mempunyai kuasa membeli sekuat negara luar & ini melembapkan proses menarik minat syarikat-syarikat besar untuk turut serta. Penulis blog perlu bekerja lebih keras untuk menjana duit dari blog (jika pasaran pembaca mereka adalah Malaysia).
Q. Adakah saudara terlibat dengan mana-mana komuniti atau kolektif?
A. Tidak. Aku bergerak sebagai penulis blog secara individu. Senang tidak terikat.
Q. Selain blog, adakah saudara terlibat dengan apa-apa projek lain?
A. Secara teknikal tiada, tetapi aku sering memberi pendapat dan nasihat untuk mereka yang baru berjinak dengan dunia blog. Jika boleh aku mahu satu hari aku ada modul sendiri untuk konsultasi penulisan blog.
Q. Terima kasih. Kata-kata akhir saudara kepada pembaca di luar?
A. Sama-sama & sebagai fakta untuk pembaca, aku mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan-soalan di’atas. Jangan bertangguh seperti aku buat. Apa datang dulu, dahulukan.
Jika anda penulis blog, tulislah sesuatu yang berkualiti & memberi input yang baik untuk masyarakat. Bina kredibiliti yang baik untuk penulis blog. Dan, Scha al-Yahya, I love you!
Similar Posts:
- Dalilah Tamrin. Penulis dan ’survivor’ barah payudara.
- 5 cara mudah untuk berhenti merokok.
- Dr. Kassim Ahmad. Penulis & ahli falsafah.
- Nuraina A. Samad. Penulis.
- Teuku Faruq. Pelukis grafiti.
Popularity: 2% [?]





18 comments… read them below or add one
Scha al-Yahya tu awek mamat JB.
terima kasih menggunung tinggi Syed atas interview ini.. =) nnt bila2 jumpa boleh belanja teh tarik..
*bukan awek Fahrin Ahmad eh?*
Tu la pasal. Bukan farun dah sambar ke? untuk cerita lancut sila layari http://ohbulan.com
ismail..tahniah kerana dpt interview ni..hehe…ko memang patut dapat pon…bila la aku nak dapat plak? hehe…aku nak cadangkan interview band Juxtaposed..band adik beradik..bleh?
menarik sekali interview ni. ade banyak bende atau info yg aku dapat dari interview ni. thanks kepada yg terlibat & juga mohd ismail.
ayat yg last tu tak tahan tu. mael,bukan ko minat Lisa Suriani ke? hik3..
Wow, Mail dh dpt interview. Apapun tahniah
Wah, sireh & cengkih.
Salam perkenalan. Aku budu dan kicap. =)
Lepas ni Mail suruh interview aku pula. Hehehe.
All the best.
@ Hairul
Selamat budu dan kicap, ingatkan http://bududanbelacan.blogspot.com tadi.
Siap ada ruangan interview plak..
Nanti2 aku lah plak kan..
Ha ha aha
bila la pulak aku nih..wahaha
Minat kat Scha lak ker? hoho…
Pada aku interview ini adalah semata-mata lakonan sahaja. Orang yang betul2 ada kelas bukan hanya diblog tapi semua media dia akan masuk. Setakat blog sampah mohdismail.net budak hingusan yang tak tau erti hidup lagi memang macam ni.
Dan yang paling aku suka pada hari ini adalah dia sendiri terlupa blog dia expired pada 7/1/09 apa ke jadah tu!!!??? Aku rasa ini adalah balasan tuhan atas beliau mengkritik tak tentu pasal dan juga buat andaian sendiri. Anything see you all bro in blogging world, see who the best to win in the blogging war. Wasalam
hmmmm :) macam-macam.
karl, i love you :)
i love u too, karl….
Mohd Ismail pada aku memang seorang blogger hebat yg mempunyai masa depan yg cerah. Melankolik bahasanya menusuk ke kalbu menembusi hati…… all the best mael..
dan jgn kacau scha, scha tu bukan ko yang punya, tapi ahmad albab yang punyaa..
Tahniah mail kerana telah berjaya diinterbiu, tak kisah lah apa orang nak cakap janji kita tau apa yang kita nak.
SYABAS…
:)
Leave a Comment