People and great ideas.

Rozinor Razali. Pereka grafik & pengarah filem.

Rozinor Razali
Rozinor Razali dan saya mempunyai sejarah yang panjang. Kami membesar di lorong yang sama, di sebuah taman yang penuh nostalgia tidak jauh dari bandar Ulu Tiram. Kali terakhir kami berjumpa semasa malam Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di PWTC. Semasa pertemuan itu, minat beliau terhadap alam perfileman tidak boleh dikekang lagi. Tambahan pula, selepas perjumpaan itu beliau berpeluang ke Amerika Syarikat untuk menimba lebih banyak ilmu perfileman.

Yang terbaru, beliau terlibat pula dengan projek Maskara Shorties di Rumah Pena. Niat hendak ke sana tetapi tidak kesampaian. Ikuti temubual saya dengan saudaraRozinor Razali. Terima kasih dan semoga berjaya.

Q. Bermula dengan bidang rekaan grafik, saudara beralih arah ke bidang perfileman. Apakah yang membuat saudara beralih arah?
A. Beralih arah! Aku masih lagi buat grafik cuma bukan sebagai pereka grafik tetapi sebagai perunding rekabentuk grafik dan itu adalah sumber nafkah aku hingga sekarang.

Seperti muzik, ianya satu cabang seni yang aku suka teroka dan ianya bermula bila aku selalu melakukan sesi rakaman video pendidikan bagi kementerian pendidikan, aku lihat satu medium laungan ekspresif yang perlu aku jelajahi. Dari situ aku mula mencari ruang untuk belajar sini filem itu sendiri.

Setelah itu barulah arahnya datang.

Q. Sejak bila saudara mula berminat membuat filem?
A. Minat dengan filem sejak zaman sekolah lagi, nak nak filem **** , kuang kuang kuang. Masa dulu zaman aku main skate dan terkinja-kinja, pernah rakam aksi-aksi rakan yang gila dan berani melakukan stunt. Tapi masa tu pikir nak enjoy dan dapat pengalaman hidup je, mana hendak fikir macam sekarang ni.

Jadi semuanya berlaku tanpa dirancang seperti bagaimana aku mula memilih grafik sebagai punca mencari nafkah aku hingga sekarang.

Q. Setakat ini sudah berapa filem pendek yang saudara hasilkan?
A. Filem pendek aku yang memula sekali aku buat adalah “MAN”, masa ni kemaruk gile sebab baru sangat belajar ilmu filem, dan kemudian buat komersil shoot “NIKON”.

Hingga hari ini belum sampai setahun aku dalam industri kecil ni, dengan mengunakan medium filem 16mm, aku dah arah 6 filem pendek dan kesemuanya aku buat di Los Angeles, California.

Mengunakan medium digital yang aku arah ada satu video pendek eksperimentasi aku terhadap cerita cinta rakan aku untuk skrining majlis perkahwinan dia dan 3 filem pendek digital eksperimentasi yang mana aku hanya gunakan handycam sebagai medum aku berkarya, gila bajet habis tapi bagi aku, result dan penceritaan tu yang penting.

rozinor razali

Q. Bagaimana sambutan penonton terhadap filem pendek secara umumnya dan filem saudara secara khususnya semasa majlis Maskara Shorties. Adakah saudara berpuas hati?
A. Entah, reaksi dari beberapa rakan yang aku kenal kata mereka tak faham dengan cerita aku, jadi nak kata pasal kepuasan, no limit in satisfaction, tapi aku memang suka dan gembira bila dapat melaksanakan satu satu projek.

Apa yang boleh aku katakan, filem aku adalah sebuah personifikasi.

Puas tu belum lagi, tapi aku bersyukur sangat sangat.

Q. Nampaknya filem pendek di negara kita kini lebih meriah dengan kehadiran pelakon-pelakon dan pengarah terkenal seperti saudara Mamat Khalid. Apa pandangan saudara tentang perkembangan ini?
A. Uish tu Hero aku tu, aku simpan semua filem dia…kuat personifikasi dan bahasa filem yang Hero aku gunakan untuk filem filem dia….

Abg Mamat, jangan lupa saya kalau ada bajet untuk buat featured yang low bajet.

Aku boleh cakap ia sesuatu yang sihat dan bagus untuk industri, cuma sebagai player yang baru dalam industri ini, aku nak petik kata Tok Rimau iaitu, “seorang pengarah perlu ada ilmu” dan kata kata orang yang mengajar dan banyak memberi ilmu dia kepada aku iaitu ” rasa dalam jiwa yang dekat dengan kita” lebih kurang macam tulah apa yang U-wei cakap.

Industri ini sedang berkembang laju dengan wujudnya produksi produksi indie atau bebas yang sedikit sebanyak mewarnai industri. Syarikat produksi patut melihat ini sebagai satu peluang untuk memperbanyak produksi mereka disambil membuat perniagaan.

Q. Adakah pihak kerajaan dan Finas banyak mengeluarkan geran atau biasiswa untuk mereka yang berminat untuk membuat filem?
A. Memang ada, Geran Filem Pendek dar FINAS untuk pembikin filem yang nak dapatkan peruntukan melaksanakan produksi dan Skim Latihan Penggiat Seni dari KeKKwa adalah biasiswa untuk pengiat seni yang mahu belajar dengan lebih dalam tentang sesuatu kesenian. SLPS ni adalah untuk latihan jangka pendek.

Q. Siapakah antara pengarah filem tempatan dan antarabangsa yang saudara kagumi?
A. Tempatan, Allahyarham M.Amin, U-Wei, Mamat Khalid, Khabir Bhatia, alah semualah aku kagum sebab wawasan pengarah ni lain lain, sebelum aku tahu ilmu filem aku hanya pilih pengarah mana yang besh sahaja, tapi selepas belajar, bagi aku semua best.

Antarabangsa pulak eh, Billy Wilder, John Ford, Sergio Leone, Oliver Stone, Francis Ford Coppola, Coen Brothers, David Lean, Clint Eastwood, Woody Allen, Orson Welles, Akira Kurosawa, Ridley Scoot, Stanley Kubrick, Alfred Hitchcock, Martin Scorsese dan byk lagi kalau nak sebut…

Q. Apakah kekangan dan masalah yang sering dihadapi oleh pengarah di negara kita?
A. Kekangan! Negara kita ni mengamalkan sistem demokrasi jadi pembikin filem boleh buat filem tanpa kekangan sebabnya bantuan dana pinjaman untuk menerbitkan filem ada disediakan, cuma perlu ikut prosedur dan saluran yang betul, kalau ada duit buat je terus cuma perlu ada lesen lah.

Lain lain, bersikap profesional seperti seorang politikus.

Masalah! yang paling utama adalah dari segi kewangan dan sikap.

Itu je yang aku tahu punca segala masalah dalam dunia ni jadi dalam Industri kecil ini mungkin kedua duanya terlibat.

Q. Apakah perancangan saudara seterusnya di dalam bidang perfileman, rekaan grafik dan juga kehidupan seharian?
A. Aku ada perancangan untuk menyiapkan sebuah video pendek digital kolektif yang bertemakan khianat dan belot serta jika diizinkan tuhan aku nak sangat bekerjasama dengan kumpulan penulis Sindiket Sol-jah untuk membikin video pendek yang diadaptasikan dari novel K-8 mereka secara crossover dimana 8 pengarah akan mengarah 8 cerita yang dipilih dari novel berkenaan, insyaallah.

Selepas rancangan ini selesai, aku nak buat Digital Indie Featured pulak dan merancang untuk mengendalikan satu acara berkaitan dengan pembikinan filem sebagai cara aku membalas jasa dan budi kerajaan yang telah membantu aku, jadi usaha kecil ini sebagai tanda terima kasih, insyaallah.

Noktah.

- Terima kasih.

Q. Kata-kata akhir
A. Erm, nak ucap terima kasih kepada KeKKWA, FINAS, En. U-Wei Shaari, Tengku Adrian dan semua rakan serta seteru yang banyak memberi inspirasi kepada aku untuk berkarya dan nak promo kepada yang singgah sireh dan cengkeh supaya dapatkan video pendek kolektif aku yang diterbitkan secara indie bertajuk “BELOT” nanti dan rajin rajin singgah blog aku shurgad.unian.eraka.

Website : http://www.rozinorazali.com

Similar Posts:

Popularity: 3% [?]

AddThis Social Bookmark Button



8 comments… read them below or add one

1 pp — 11.11.08 at 1:29 pm

Dah box office nanti boleh laa belanja gua pergi amerika..

2 shurgad.unian.eraka » Temu & Bual — 11.11.08 at 2:04 pm

[…] Aku malas nak sedut artikel berkenaan, tapi kalau nak baca boleh ke jaringan ini, sireh. […]

3 rozinorazali — 11.11.08 at 9:34 pm

dah box office aku ajak ko gi tanah haram arr pp…
aku dah gi amerika, jadi aku x nak pegi sana lagi…

4 Syed Syahrul Zarizi — 11.12.08 at 7:54 am

Kalau nak amik si pp belakon filem kau, kene bincang dengan aku dulu. Macam ejen la kira. memang watak orang jahat je yang sesuai dengan dia ni

5 mukhrizlatif — 11.13.08 at 3:12 pm

jangan lupa bawak aku sekali

6 rozinorazali — 11.18.08 at 1:40 pm

pp memang sesuai watak jahat eh Jiji…
moqh, insyaallah akan aku bawa satu republik…
doakan box office eh kerja kerja aku nanti…

7 arin — 01.08.09 at 6:26 pm

na tanya sikit..minta nasihat.

skrg sy tgh blaja lg,smbung degree kat aswara,
ijzh filem n pgarahan,
so kat mane kite bole apply scholarship ye??

aside from MARAPTPTN..

hargai sgt2 tunjur ajar bro

8 Rozinor Razali. Pereka grafik & pengarah filem bahagian 2 | Sireh Dan Cengkeh Terpilih — 01.20.10 at 12:49 pm

[…] Untuk mengetahui lebih lanjut tentang saudara Rozinor , sila lihat temuramah saya bersama beliau sebelum ini. […]

Leave a Comment

You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Victor Hugo