Azharr Rudin. Penulis skrip, penyunting & pengarah filem.

Punggok Rindukan Bulan ialah filem panjang sulong pengarah muda, saudara Azharr Rudin dan akan menemui penonton 25 September ini di panggung-panggung terpilih sekitar Ibu kota. Berlatar belakangkan Bandaraya Johor Bahru, ia mengisahkan pergolakkan jiwa remaja dan rasa rindu mendalam terhadap orang yang tersayang. Saya berkesempatan menemubual saudara Azharr Rudin untuk bertanyakan serba sedikit tentang diri beliau dan filem Punggok Rindukan Bulan.
Q. Boleh ceritakan serba sedikit latar belakang saudara dan bagaimana saudara boleh berminat dalam bidang pembikinan filem?
A. Saya lahir dan membesar di Johor Bahru. Dan mungkin seperti kebanyakkan orang, saya ‘berhijrah’ ke Kuala Lumpur pada 1999 untuk melanjutkan pelajaran. Sampai sekarang tak reti-reti nak ‘balik’.
Minat dalam bidang filem bercambah sedikit demi sedikit. Antara titik awal ialah apabila bapa saya menghadiahkan kamera pegun ‘point & shoot’ (tapi bukan digital) pada harijadi saya ke 13. Dari situ saya mula mengasah bakat dalam bidang fotografi.
Fast-forward >> Waktu di kolej saya menjalani tiga internship. Satu dengan sebuah majalah muzik yang mungkin pertama di Malaysia menulis artikel-artikel mereka sendiri. Sebelum itu ada sebuah majalah muzik lain tapi mereka banyak menyadur artikel dari luar negara. Yang ketiga dengan sebuah penerbitan iklan. Yang kedua dengan sebuah produksi filem “Paloh”. Di sana saya bertemu banyak orang yang sangat passionate tentang filem, hinggakan ada yang sanggup bertumbuk. Saya rasa saya paling mula terinspirasi untuk membikin filem setelah “Paloh”.
Q. Berkenaan filem PRB,berapa lama kajian/penulisan yang saudara buat sebelum memulakan pengambaran?
A. Idea untuk filem ini mula timbul pada 2004. Saya mula menulis sekitar 2005. Peratusan besar filem ni dirakamkan sekitar Oktober 2007. Babak terakhir dalam PRB dirakamkan antara April Mei 2008. Pada saya penulisan cuma selesai bila filem ini siap. Dan PRB benar-benar lengkap apabila ditonton oleh khalayak.
Q. Saya difahamkan ini adalah feature film sulong saudara. Sudah berapa filem yang saudara bikin setakat ini (filem pendek, dokumentari, dll) ?
A. Ada 8 filem pendek semuanya. Kalau ikutkan filem-filem ni mungkin boleh dikira mixed-genre. Ada banyak elemen yang boleh dilihat dalam sebuah dokumentari bersilang dengan elemen-elemen fiksi.
Pada 2007 saya berpeluang menghasilkan telemovie “Benda Aneh Bernama Cinta” (89 minit).
Temubual bersama Azharr Rudin. Kredit Ajami Hashim.
Q. Adakah saudara menghadapi masalah semasa peringkat pre dan post production untuk PRB ( contoh seperti lokasi, dana, casting, dll)?
A. Kalau dari segi lokasi, Flet Bukit Chagar memang dah lama menunggu kami.
Kalau dari segi dana, memang tak pernah cukup. Haha.
Kalau ikutkan kami agak kurang bersedia dari segi kewangan bila memulakan pengambaran, tapi kami redah juga kerana menerima maklumat yang babak terakhir dalam PRB akan berlaku tak jauh dari bulan Oktober. Tapi ia cuma berlaku kira-kira setengah tahun kemudian.
Kami buat sekurang-kurangnya dua ujibakat terbuka selama dua hujung minggu di bandaraya Johor Bahru. Saya memang memberikan keutamaan pada bakat-bakat tempatan, di mana filem ini dirakamkan. Tapi kami tak jumpa watak utama Sidi di ujibakat ataupun melalui pencarian di jalanan dan skatepark JB. Kami jumpa dia di skatepark Shah Alam – dari jauh kami melihat dia skate(board), saya dapat merasakan mungkin Saeful adalah Sidi kami. Saeful waktu tu lengkap dengan dua temannya yang bersaiz fizikal lebih besar dari dia, tapi mereka seusia – hampir serupa seperti yang saya tulis di dalam skrip.

Q. Untuk pengetahuan saudara, saya bersekolah di Sekolah Dato Jaafar dan ada kawan di Flat Bukit Chagar. Sedikit sebanyak, saya terasa dekat dengan protagonis dan antagonis cerita tersebut. Mengapa pilih lokasi tersebut dan apakah signifikasi dengan tema PRB?
A. Rumah Pangsa Bukit Chagar dan Sekolah Dato Jaafar umpama sahabat lama yang amat dirindui. Dan kita tahu ramai penduduk flet Bukit Chagar yang bersekolah di situ kerana mereka boleh berjalan kaki ke sana.
Antara lain, PRB berkisar tentang manusia yang sedang melalui transisi. Seperti Flet Bukit Chagar, kita tahu mereka semua akan hilang/pergi meninggalkan kita.
Q. Adakah saudara tahu Flat Bukit Chagar akan dirobohkan sebelum pergambaran bermula?
A. Ya.
Q. Apakah hubungan saudara dengan Amir Muhammad & Da Huang Pictures?
A. Amir adalah antara orang pertama yang mengetengahkan filem pendek sulung saya. Dari filem pendek itu dia memberi kepercayaan pada saya untuk menyunting filem pertamanya setelah “The Big Durian”. Amir menerbitkan PRB melalui Da Huang Pictures. Kami semua pernah bekerjasama sebelum PRB dan Da Huang Pictures.
Q. Dari segi pembiayaan untuk filem ini, dari mana saudara mendapat modal?
A. Modal dicari oleh Penerbit (Amir). Penyumbang utama ialah MDEC, manakala selebihnya dari Da Huang Pictures sendiri dan Krishen Jit ASTRO Fund. Peratusan kecil datang dari kocek penerbit, saya sendiri , seorang teman dan FINAS.

Q. Apakah pendapat saudara tentang hubungkait kualiti dengan kos sesebuah filem dan berapakah kos paling optimum untuk menghasilkan feature filem yang baik.
A. Ia banyak bergantung kepada jenis dan keperluan dan matlamat filem itu sendiri. Contohnya filem yang melibatkan adegan meletupkan orang tentunya memerlukan kepakaran dan kewangan yang agak berbeza berbanding filem yang melibatkan adegan bertepuk-tampar.
Duit memang membantu, tapi kadangkala kalau banyak sangat duit pun boleh jadi masalah. Yang paling penting adalah naskah dan orang-orang yang menerjemahkannya.
Ada sebuah filem pendek saya dihasilkan dengan kru dan wang yang amat sedikit, tapi filem ini telah ditayangkan di merata tempat dan diberi penghargaan di festival filem di Hawaii, Tokyo dan Singapura. Ia turut ditayangkan di kaca tv tempatan dan luar negara.
Q. Adakah anda berpuas hati dengan PRB? Bagaimana reaksi orang ramai selesai majlis pra-tonton?
A. Saya selalunya jenis yang agak susah berpuas hati dengan apa-apa yang saya buat.
Reaksi orang ramai agak positif. Ada yang kata filem ini “groundbreaking”, ada yang ingin menonton sekurang-kurangnya sekali lagi dan sewaktu pemutaran, saya juga dengar gelak riuh ketawa di bahagian-bahagian yang saya sendiri rasakan lucu. Jadi humor saya dan para penonton di sesi pratonton mungkin agak selari. Tapi ada juga yang sangka PRB masih belum disunting. Hehe. Ulasan-ulasan dari media juga amat memberangsangkan setakat ini.
Q. Pernahkan saudara bekerjasama dengan maya Karin sebelum ini?
A. Tak. PRB kali pertama.

Q. Apakah pro dan kontra industri perfileman di Malaysia jika dibandingkan dengan negara lain?
A.Saya rasa saya masih terlalu mentah dalam industri perfileman Malaysia.
Tapi saya melihat apresiasi terhadap filem sebagai satu bentuk seni atau budaya masih kurang dibandingkan dengan sesetengah negara lain. Misalnya di kebanyakkan festival filem antarabangsa di luar negara, kita boleh melihat penonton dari pelbagai usia dan latarbelakang datang memeriahkan festival. Ada yang bekerja sebagai pembuat roti, ada juga yang bekerja sebagai arkitek. Ada kanak-kanak kecil yang datang dengan ibubapa mereka, ada juga penonton dari kalangan warga emas. Mereka datang untuk mendapatkan ‘sesuatu’ dari filem-filem yang mereka tonton. Yang pasti ‘sesuatu’ ini bukanlah hiburan semata-mata.
Q. Sebagai pengarah filem, apakah atau siapakah yang banyak memberi inspirasi kepada saudara?
A. Sumber ilham saya teramat banyak. Dari orang-orang yang saya pernah jumpa, ingin jumpa, dah hampir terlupa. Orang orang dan tempat-tempat yang pernah buat saya marah, sedih, gembira, rimas dan sebagainya. Alam – hujan, angin, senja, gelap.. Perkara atau benda-benda yang saya tahu atau ingin tahu dan banyak lagi. Agak mudah untuk terinspirasi bila kita tune in.
Q. Kata-kata akhir dan harapan saudara?
A. Terima kasih kerana sudi menemuramah saya. Saya harap Punggok Rindukan Bulan dapat ditonton oleh seramai-ramai manusia, terutamanya ketika tayangan di GSC Pavilion KL, 1 Utama (New Wing), Mid Valley dan Gurney Plaza antara 25 September hingga 8 Oktober ini. Salam sukses selalu!
Infomasi Tambahan.
Filmography Azharr Rudin as director
1. Punggok Rindukan Bulan (88 minit dan 122 minit / 2008)
… aka This Longing
2. Eaten by Time (3 minit / 2008)
3. Benda Aneh Bernama Cinta (telemovie/ 89 minit / 2007)
… aka Someone Wants to Tell You Something
4.The Amber Sexalogy (61 min / 2006)
– Judul berasingan/individual: Forgetting, Meeting, Loving, Raining, Desir, Majidee
5.Taman di dalam Sinkiku (14 min / 2005) … aka Garden in my Sink
6.Dancing Kites (11min / Malaysia-Indonesia/ 2004)
DVD: The Amber Sexalogy
DVD himpunan filem pendek The Amber Sexalogy boleh didapati ditempat-tempat berikut:
1. www.kinibooks.com
2. Silverfish Books: 58-1, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Kuala Lumpur
3. The Ricecooker Shop: Lot 2.03, Mezzanine Floor, Central Market Annexe,Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur
4. Muzik Box: G4, Plaza Seni, Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru
5. Atau boleh beli atau trade/tukar/barter melalui email: sinemazharr@gmail.com
Ada 8 judul semuanya dalam DVD ini (tapi ini tentunya bergantung pada kemahiran sinematematik masing-masing). Maklumat lanjut termasuk ulasan, sinopsis, teaser dan harga boleh didapati di www.myspace.com/sinemazharr. Teaser juga boleh dilihat di youtube dengan menaip: The Amber Sexalogy
Ulasan Filem : Sila baca ulasan filem ini oleh Ajami Hashim
Nota kaki : Foto diambil dari http://www.myspace.com/sinemazharr dan KLue.
Similar Posts:
- Rozinor Razali. Pereka grafik & pengarah filem bahagian 2
- Mukhriz Latif. Photographer.
- Saiful Nang. CEO / Principal Photographer, Candid Syndrom & founding members of ClickCouture
- Clickita.com. Transparency In Charity.
- Dean Sham. Pengarah filem bebas.
Popularity: 4% [?]







14 comments
Hi, I found your blog on this new directory of WordPress Blogs at blackhatbootcamp.com/listofwordpressblogs. I dont know how your blog came up, must have been a typo, i duno. Anyways, I just clicked it and here I am. Your blog looks good. Have a nice day. James.
Salaam bro..
intebiu yg bagus & ber-info.. good job!
fyi, Toi AF6 pun berlakon dlm ini filim sbg cameo ajer! katanya Toi dtg odisen seblm dia masuk AF.. lalala!
@Ajami Hashim
Terima kasih atas komen saudara.
[…] Read his latest interview with Syed Syahrul Zarizi on Sireh & Cengkeh here. […]
temuramah yang menarik!
sedikit ‘punggok’ rebiu di sini
http://pasembur.wordpress.com/…..ng-clouds/
;)
???????.
Wah, penuh informasi. saya baru je beli KLue issue bulan ni
[…] couple of weeks back, I had a wonderful chance to catch the preview screening of Azharr Rudin’s debut feature Punggok Rindukan Bulan. Punggok tells the story of a young boy, Sidi (Saeful […]
i really proud of him..
berjaya dalam usia yang muda..bermula dari bawah..
hai .
kyna seorang penulis skrip so kyna ada cerita nak ketengahkan cuma belum jumpa yang sesuai. apakata kalau awak tengok dulu mana tahu awak berminat
? ??, ???????.
ermmmmm….mana nk dapat “benda aneh bernama cinta”….im inspired lew…..
x dapat lagi kew chenta????
Hi…Ck seorang penulis skrip…call me untuk jadi kawan. yelah kita dalam bidang seni yang sama..mana tahu ada apa apa perkara yang boleh di kongsi bersama…orait…018 960 3397
Leave a Comment