People and great ideas.

Oh Chentaku.

Oh Chentaku

Oh Chentaku adalah sebuah kugiran post-hardcore yang berasal dari Kelana Jaya, selangor. Dianggotai oleh Myo, Adib dan Naem, kugiran yang baru ditubuhkan setahun yang lalu ini bakal keluar dengan EP kedua mereka berjudul ‘Suitcase, A Scarf And The Departure’ tidak lama lagi. Ikuti temubual kami bersama Oh Chentaku!

Q. 1. Dari nama sahaja tentu ramai yang mengagak kalian berkonsepkan rock leleh, atau bagi kaum muda, tentu emo mata lebam. Boleh jelaskan sedikit arah tuju Oh Chentaku?
A. Musik oh chentaku adalah towards post hardcore dan kami lebihkan pada emosi. its not entirely emo band, kami hanya bermain musik yg kami suka sambil kami lebihkan pada kreativiti untuk komposisi lagu-lagu yang more or likely easy listening, supaya listeners lebih faham maksud lagu-lagu kami.

Q. Berapakah usia Oh Chentaku?
A. Baru setahun.

Q. Bagaimana kalian lihat perkembangan scene muzik indie (merdeka) di Malaysia ini juka dibandingkan dua-tiga tahun yang lepas?
A. Lebih maju but sometimes public salah tafsir underground musik. Tapi itu hak mereka. Kami hanya teruskan minat kami bermain musik.

Q. Siapakan dan apakah yang banyak memberi inspirasi kepada oh Chentaku?
A. Inspirasi banyak datang dari pengalaman sendiri, imaginasi dan tentang kehidupan.

Q. Dari segi penulisan lirik dan penciptaan melodi, biasanya maya yang datang dahulu? adakah kedua-duanya sama penting?
A. Kedua-duanya sama penting, that’s why bila myo buat lagu, dia akan tulis lyrics juga.

Q. Apakah projek kalian sempena bulan Ramadan ini?
A. Kami on hiatus sementara menunggu myo selesai study MBA Master di Switzerland. dia baru berangkat 22 Ogos lepas dan akan kembali selepas raya tahun 2009 insyaAllah. sambil itu kami sedang mixing dan mastering album kedua kami. Nantikan sahaja.

Q. Sepanjang tertubuhnya oh Chentaku, apakah antara maklumbalas negatif dan positif yang kalian terima dari orang ramai?
A. Most of the responds were positive. Kami sentiasa top ranked di carta AMP.channelv, kami juga telah di-interview oleh 8tv quickie, Suria fm, Fly fm dan banyak magazine. Semua mengatakan kami sangat energetic semasa performance dan lagu-lagu kami lain dari lagu-lagu band post hardcore masakini. Kami lebih poetic dari segi personaliti.

Q. Bagaimana pula dengan perkembangan EP kalian?
A. EP pertama ‘Heartbreak Ridge Was Never This Arrogant’ telah terjual hampir 1000 keping untuk tahun 2008. Dan kami masih menunggu respond untuk EP kedua kami ‘Suitcase, A Scarf And The Departure’ yang insyaAllah bakal siap akhir tahun ini.

Q. Malaysia kini dibanjiri banyak kugiran indie yang bagus-bagus. Siapakah antara kugiran tempatan yang kalian berasa mempunyai bakat dan potensi yang besar?
A. Kami boleh katakan Bunkface, Telephony Delivery, Lightcraft, Yuna dan ramai lagi.

Q. Kata-kata akhir?
A. Kata akhir. ‘music is not a career for oh chentaku, its just a hobby that we’re taking seriously.’

Website : http://myspace.com/ohchentaku
(Semua gambar diambil dari laman MySpace Oh Chentaku. Gambar paling atas olehShermen Mukhtar>

Similar Posts:

Popularity: 2% [?]

AddThis Social Bookmark Button



7 comments… read them below or add one

1 Oh Chentaku. | Sireh Dan Cengkeh Terpilih | Tempatan | InfoMalaya dot Com — 09.07.08 at 11:57 pm

[…] Oh Chentaku. | Sireh Dan Cengkeh Terpilih — Temubual dengan kugiran Oh Chentaku oleh Syed. Eksklusif! […]

2 myadlan — 09.08.08 at 8:41 am

salam.
aku kenal myo. die bdak skolah aku.
hebat die eh. bleh plak amek MBA kt oversea.
bagus die nye time management antara study dgn band.

3 Syed Syahrul Zarizi — 09.09.08 at 7:38 am

Tu maknanya budak-budak indie scene kita memang berbakat, dalan seni dan juga akademik.

4 uzair — 09.09.08 at 10:36 pm
5 amad ardy — 09.11.08 at 11:45 pm

yuna is outstanding…interview la die lak…asyik band2 aje…try la yg sing scr solo plak

6 Syed Syahrul Zarizi — 09.14.08 at 5:44 am

@amad ardy

Thanks. Point noted. kalau ada rezeki nanti kita interview Yuna pulak

7 koordinatSIFAR — 10.30.08 at 4:37 pm

ehem2….xpe2…
janji scene music kita berubah…
xde kat takuk lama lagi…
proud to b malaysian dude!!!

Leave a Comment

You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

terpilih