People and great ideas.

Radiostar.

RADIOSTAR
Seperti juga nama mereka, Radiostar mempunyai cita-cita yang tinggi di dalam alam muzik; mahu mencipta nama dan menjadi tersohor seperti kugiran-kugiran lain yang telah berjaya. Namun, mereka tidak gelojoh dan memilih untuk mengikut rentak sendiri daripada mengikut telunjuk orang lain. Pot Amir bukannya orang asing di dalam industri muzik tempatan. Beliau yang pernah mencipta nama bersama sebuah kumpulan vokal popular satu masa dulu, tentunya sudah masak dengan selok belok dunia muzik tanah air. Menurut beliau, walau apa pun yang dilakukan, yang penting ialah keberkatan. Ikuti temubual bersama Pot Amir, semoga mereka akan terus berjaya.

Q. Berapa agaknya usia Radiostar sekarang?
A. Radiostar tertubuh secara rasmi apabila Pot Amir dan Mahfuz (Apuk) mendaftarkan akaun Myspace mereka pada tahun 2005. Jadi usia Radiostar sama dengan usia akaun Myspace ini iaitu baru mencecah 3 tahun.

Q. Nama Radiostar itu sendiri menunjukkan arah dan cita-cita kugiran ini. Setuju?
A. Setuju. Nama juga doa. Sebab itulah “Ali Maju” akan maju sebab namanya sering disebut. Bintang radio dahulu kala amat kreatif dan sentiasa freestyle dan semuanya menyanyi live dan one-take. Kami dapat bermimpi jadi diorang pun dah cukup.

Q. Adakah semua anggota Radiostar mempunyai latar belakang di dalam bidang muzik?
A. Pot Amir berpengalaman 14 tahun dalam industri muzik, tetapi beliau tidak ada kelayakan akademik dalam bidang muzik, main alat muzik pun tak tau. Cuma Apuk sahaja yang ada sijil dalam muzik dari ASWARA. Dan Apuk juga boleh bermain piano, drum, bass dan harp selain berperanan sebagai gitar utama dan pengarah muzik Radiostar.

Q. Lagu dan konsep Radiostar sungguh santai dan lunak. Siapakah sasaran pendengar kalian dan bagaimana kamu ‘menjual’produk kamu? Adakah lebih banyak bergantung kepada media arus perdana atau media alternatif seperti internet?
A. Terima kaseh kerana berpendapat begitu. Sebagaimana asid perlukan alkali untuk menjadi seimbang atau neutral, halwa telinga juga perlu lagu-lagu santai selain lagu-lagu keras. Jadi bila dah banyak kugiran indie (merdeka) ke arah muzik keras, kugiran seperti Radiostar, Estrella dan Decma & TCHB dan lain-lain hadir untuk mengimbangkan keadaan. Sebenarnya, bila berkarya kami tak pernah menetapkan sasaran, kerana kami teringin menghasilkan muzik yang boleh diterima oleh segala lapisan masyarakat (tua/muda/balak/awek/semua bangsa) ; kalau boleh, kami harap tumbuhan dan haiwan pun tersenyum bila mendengar muzik kami :P ……

Produk kami dijual oleh kami sendiri by hand. Setiap pemuzik Radiostar dibayar dengan CD. 1 CD = RM10, jadi kalau sorang patut dapat RM1,000 sorang akan diberi 100CD; malu nak jual CD kalu, laparlah jawabnya. Jadi sistem penjualan mengikut kaedah masing-masing, ada yang letak kat kedai member, tapi semua mesti bawak CD ke mana-mana pergi.

Kami tidak harapkan sangat arus perdana, cuma bila dah nama Radiostar, kenalah ada lagu kita yang dipasang di radio; setakat ni kami bangga dengan stesen-stesen radio di RTM seperti KLfm, Traxx FM dan MuzikFM, of course stesen yang paling patriotik adalah XFreshFM. Internet paling best sebab kita boleh deal direct dengan client dan paling best dapat berinteraksi dengan penyokong muzik kami. Dulu susah, nak kena beli setem.

RADIOSTAR
(Pot dan Apuk, diambil dari laman Myspace mereka)

Q. Adakah Radiostar ini sekadar ‘side project’ kalian atau ia adalah satu projek yang serius? Kenapa keluarkan EP sahaja dan tidak album penuh?
A. Kalau tak serius masakan sanggup kami keluarkan duit sendiri untuk terbit EP. Sebenarnya EP ini merupakan satu pengenalan kami ke dalam industri muzik , umpama business card kami. Secara teknikal, EP DUA ni sebenarnya bertahap album (sebab dia ada 9 lagu), tapi memandangkan kami tak mampu bayar percetakan album inlay yang gempak, maka untuk tidak menipu peminat muzik tanahair, kami panggil dia EP. Ada juga syarikat rakaman yang offer nak buat album kita tapi demi ingin terus merdeka , kami tolak semuanya. Menjadi artis rakaman yang “sign” ni umpama apply kad kredit; nampak macam best, tapi sebenarnya tak perlu; kadang-ladang memudaratkan. Insyaallah, melalui royalty MACP yang kami dapat hasil penulisan lagu-lagu kami yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi mainstream dan kami sendiri, album itu pasti akan kami terbitkan. Lagi pun kami selalu perform lagu-lagu baru yang belum dirakamkan, baru la rugi siapa tak datang tengok show kami.

radiostar
(Gambar ehsan Taj Addin dari TenggaraPC)

Q. Bagaimana sambutan pendengar terhadap EP baru Radiostar?
A. EP DUA memang tak sengaja diterbitkan, ini semua ROTTW punya pasal. Tapi kami amat berterima kaseh dengan diorang. EP SATU yang diterbitkan pada Disember 2007 telah habis dijual dalam bulan Mei 2008, tiba-tiba ROTTW bulan keluaran Jun 2008 bagi rating dan review yang baik kepada EP SATU. Maka bertungkus lumus kami mencari duit untuk cetak EP baru, nanti orang kampong cari tak jumpa, kami akan dilabel sebagai “bebudak yang berteriak serigala”. Maka pada 25 Jun 2008, EP DUA keluar dan setakat ini, setelah 2 bulan di tangan kami hanya tinggal kurang dari 100 keping CD. Kuasa Tuhan tiada tandingan.

Q. Anggota kamu, seperti Pot Amir mempunyai pengalaman yang banyak dalam industri muzik kita. Apakah pengajaran yang beliau ambil untuk memastikan kugiran ini tidak membuat kesilapan seperti kebanyakkan kugiran lain sehingga kebanyakkannya tidak bertahan lama?
A. Ada beberapa pengajaran yang Pot Amir bawa kepada kugiran Radiostar ini :-

i. Jangan buat persembahan di tempat-tempat yang menjual arak. Walaupun kita tak minum arak , bila kita perform di tempat-tempat ni, kita telah bertanggung jawab membawa penyokong-penyokong muzik kita ke dalam tempat-tempat ini (padahal diorang datang pasal nak support kita). Maksudnya kalau diorang minum arak pada hari itu, atau mereka minum arak setelah bersuaikenal dengan tempat-tempat arak ni, maka kita akan dapat sedikit saham dosa diorang. Prosesnya begini:-

Organizer jumpa tokeh tempat haram ni cakap ada banyak band yang popular di kalangan remaja Melayu nak main kat sini, tokeh happy ada orang nak buat event kat dalam tempat dia (sebab ramai la nanti possible customers), so tokeh call tokeh-tokeh syarikat arak ni semua tanya korang tak nak sponsor ke event aku nanti? Tokeh-yokeh syarikat arak mesti happy nak sponsor (kalau tak diorang kena bayar tax yang tinggi, tapi kalau diorang bayar pengiklanan, tax-deductible, lagi pun Malaysia sebuah Negara yang 60% penduduknya beragama Islam, jadi kalau dapat buat product awareness kat sebahagian golongan muda mereka pun dah cukup bagus, bukan senang nak promote arak ni, tak boleh promote terang-terangan di jalanan, jadi kena lah bawak ‘possible new customers’ ni ke dalam ofis ejen diorang, (yakni kelab-kelab malam ni lah). Jadi, in the end, gaji ahli muzik yang bersungguh-sungguh perform ni (yang akan menjadi darah daging mereka dan keluarga mereka) sebenarnya dibayar oleh syarikat arak ni; in the end, kita berkerja dengan Syaitan rupanya. Padahal ilham untuk buat lagu, Allah yang beri. Jadi hasil muzik itu tak ada keberkatan. Jadi bila kederat tak menghasilkan keberkatan, maka susah bagi sesebuah kesatuan itu ( dalam kes ini, kugiran) untuk kekal lama. (Macam kumpulan Innuendo tu- [Syed- keh, keh,] ).

ii. Tak perlu ramai ahli tetap dalam kugiran. Contohnya, dalam Radiostar, ahli tetap yang rasmi adalah Pot Amir dan Mahfuz, yang lain sambilan. Satu, supaya kita akan sentiasa dapat peluang bermain dengan ramai orang, dua, senang untuk kita kawal urusniaga dan kontroversi. Jadi kalau satu hari, ada gossip cakap sorang ahli Radiostar suka meliwat (contoh), maka ada 2 orang sahaje suspects dalam fitnah ni, Pot ke Apuk? Kalau 4U2C dulu kan ke susah, ada 7 ke 8 orang ?

iii. Setiap jemaah perlu ada imam. Setiap kesatuan mesti ada ketua. Dalam kugiran ini, Apuk ketua muzik, dan Pot Amir Chief Ketua .

iv. Mesti cuba sembahyang jemaah bersama. Baru lebih sepakat dan berkat.

v. Disiplin paling utama. Janji harus ditepati.

vi. Semuanya harus transparent atau telus. Kalau ada masalah kena bogel aje, tak payah nak cover-cover. Bila disimpan akan berulat dan akan membawa penyakit kepada seluruh penghuni kapal, maka kapal pun karam.

vii. Itu sahaja setakat ni, kalau ada lagi pengajaran akan di emailkan lagi, Insyaallah.

Q. Apakah hubungan kalian dengan Click-A-Child?
A. Program Click-A-Child amat kami sokong kerana ianya bebas dari politik dan boleh ngam dengan semua jenis badan kebajikan; dan mereka ini amat menitik beratkan kebajikan anak-anak yatim. Di dalam Al-Quran, Allah telah menyifatkan sumbangan kepada anak-anak yatim sebagai pinjaman kepadaNya; di mana pulangannya dijamin olehNya berpuluh lipat kali ganda. Bukankah itu lebih baik dari segala skim pelaburan yang ada di dunia ni ? Jadi kami anggap program ni sebagai “Unit Trust” kami. Bila ada kelapangan, bila keperluan keluarga telah kami penuhi dahulu, kami akan cuba meluangkan masa mendampingi anak-anak ini (bakat dan masa, asalkan ikhlas pun boleh disumbangkan; ramai boleh bagi duit tapi tak ramai boleh bagi masa). Terbaru, bersama Click-A-Child, Radiostar akan menjelajah Malaysia dalam “Jelajah Juara Senyum 2008 “ Insyaallah bila dah betul confirm, kami akan buat pengumuman rasmi.

Q. Adakah Radiostar juga aktif bermain di dalam ‘gig’ kecil bersama kugiran independent lain? Setakat ini, pernahkah Radiostar membuat persembahan di Johor Bahru?

A. Kami ada juga menyertai gig kecil atau pun besar yang turut dibarisi kugiran-kugiran merdeka yang tersohor atau tidak; tapi tak berapa banyak sangat. Gig yang banyak kami sertai sebenarnya ‘gig orang kahwin’. Kami suka meraikan orang-orang yang membina masjid, dapat perform banyak lagu dan dapat ‘sampai’ pada lebih ramai orang (satu wedding kurang-kurang 500 orang); lebih puas hati lah; biasanya bila perform wedding kita package sekali sound system, jadi boleh kawal quality sound. Jadi semua orang happy. Setakat ni, kami tak pernah perform di JB, teringin memang teringin, tapi kalau di adakan di tempat yang biasanya menjual arak (walaupun masa tu siang dan arak tidak dijual ketika itu) kami terpaksa tolak. Lagi satu, lebih elok sekiranya gig itu membariskan kugiran yang sewaktu dengan muzik kami seperti Estrella, Decma & TCHB (orang Johor kan diorang ni?), Funky Doryz dan lain-lain supaya kehadiran kami tak jadi anti-klimaks kepada keseluruhan gig. Contohnya, tak sesuai jika Radiostar perform selepas Bittersweet dan sebelum Hujan. Mood terus turun, silap-silap kami kena boo. Jadi semua orang tak enjoy.

Q. Kata-kata akhir?
A. Terima kaseh kerana memberi kami peluang berceloteh panjang; kepada penyokong muzik kami , terima kaseh kerana setia dan memahami. Sekali lagi kami ingin menekankan bahawa ‘indie’ bermaksud merdeka , bukan satu genre muzik. Sebagaimana kita perlukan lebih ramai karyawan merdeka, kita juga perlukan lebih banyak media alternative yang serius dan merdeka, seperti SIREH DAN CENGKIH. Juga sekali lagi kami ingin menyeru teman-teman indie agar kita dapat bersama-sama memerdekakan muzik dari pengaruh arak, agar industri muzik indie kita akan bertambah maju dengan keberkatan semoga kita (karyawan dan media indie) terus merdeka dengan selesa dan berupaya untuk satu hari take over mainstream yang berteraskan gossip dan fitnah semata-mata.

Website : http://amp.channelv.com/radiostar, http://myspace.com/radiostaq, http://www.myspace.com/layartanchap

Similar Posts:

Popularity: 2% [?]

AddThis Social Bookmark Button



8 comments… read them below or add one

1 slumbeR@J@ — 08.30.08 at 4:09 pm

smart jugak blog nie… clean layout. teruskan usaha beb.

anyone wanna exchange link? slumbeR@J@!

2 Syed Syahrul Zarizi — 08.31.08 at 5:33 pm

Terima kasih dan Selamat menyambut kemerdekaan dan kedatangan bulan Ramadan yang mulia

3 Click A Child — 09.02.08 at 12:04 pm

Thanks Korang!
Marilah Menafaat & Jangan Lepaskan Peluang Pertingkatkan Beribadah Di Bulan Ramadan Al Mubarak.
Sokongan dan Kerjasama Korang Semua Bagi Menjayakan “Jelajah Juara Senyum 2008” amatlah diperlukan dan dihargai.
 Salam.

4 adib — 09.15.08 at 3:43 pm

waaah!!!respect ar!! 2 kali sebut decma&tchb..hehe kami pun suke radiostar,pot amir dan ana rafali.. dah beberapa kali satu sstage di kl :D thkss ya!!!nti nak dapatkan Ep 2 tuh =] ..jauhh jer nih jb huhu..nti2 ya!insyallah passti!

5 arm — 10.19.08 at 1:21 pm

asf

6 nik — 10.22.08 at 12:38 pm

tahniah kepada pot…
saya cadang kan pot buat lagu berdasrkan luahan isi hati anak-anak yatim. terutama Asrama Bakti Machang.

7 bard — 11.05.08 at 12:47 pm

Allah Selamatkan dan Berkati perjuangan Anda! tahniah!

8 krulz — 12.19.08 at 11:00 am

wonderful…why havent i heard bout u guys before…always been a fan of Pot since the late Innuendo.

Leave a Comment

You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

steve jobs