Random header images... Refresh for more!

Novelea.

novelea

Semasa bertandang ke RANtAI Disember lepas, sebelum pulang, sempat singgah ke gerai Aspirasi Record untuk berjumpa & bertanya khabar saudara Endy sambil mengendeng apa yang patut. CD Primal Scream pun ada, menarik. Saudara Endy yang dari tadi tidak cukup tangan melayan hadirin tiba-tiba datang menghimpit lalu terus di tunjuk satu CD. “Ini CD band yang baru lepas main tadi. Kena angkat beb, pasti teruja” Apa yang pasti, CD itu datang dengan pakej menarik, sama seperti lagu yang mereka bawa. Itulah Novelea. Mari kita berkenalan lebih lanjut dengan mereka & terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan yang telah diberikan.

Q. Menarik nama band kalian, ada apa-apa makna disebaliknya?
A. Novelea adalah nama yang diambil atas maksud orang yang menulis novel atau nama lainnya juga Novelist. Nama ni kami letakkan sebagai nama seorang budak perempuan yg mempunyai dua dunia iaitu satu dunia nyata dia yang penuh dugaan dan cabaran, dan dunia fantasinya dimana dia membayangkan sendiri dan hanya dia yang tahu..

Q. Di fahamkan ada antara kalian adalah anggota Inflict. Apa kabar Yus? Masih aktifkah inflict?
A. Betul, salah seorang anggota kami juga salah seorang anggota Inflict yang bernama Mohd Azhar (boy)..Inflict kini sedang berkumpul kembali dan merakam lagu-lagu baru mereka untuk masa akan datang . Yus dan yang lain semua sihat sejahtera.

novelea

Q. Bila Novelea di tubuhkan? Adakah semua anggota berasal dari Johor?
A. Novelea bermula pada pertengahan 2006 oleh sekumpulan kawan-kawan yang semua berasal dari Johor Bahru yang mempunyai minat pada muzik yang tinggi. Band ini bermula apabila 3 orang dari ahli kami Mohd Farid, Farhan dan Alfie drummer lama kami, habiskan masa di studio bermain lagu-lagu kegemaran mereka. Ia hanya satu sesi bergembira dan semua hanya mahu seronok.

Selepas beberapa ketika, Azhar dan Rohazuddin turut serta tapi pada ketika itu mereka sudah mula fikirkan satu projek untuk menubuhkan satu band yang bermain muzik bercerita.

novelea

Sejak hari tersebut, mereka mencari muzik-muzik yang boleh dibuat rujukan dan pada masa itu semua mendengar ‘Sigur Ros’ dan ‘A Whisper in the Noise’ dan juga band-band Post-Rock dan shoegaze terkemuka di luar.

Selepas beberapa bulan berlatih dan mencari langkah, mereka dapat menyiapkan beberapa buah lagu dan juga pada masa inilah nama NOVELEA dipilih kerana lagu-lagu yang dimainkan mempunyai cerita yang ingin disampaikan. Walau juga lagu telah disiapkan, masih terdapat ruang yang boleh diisi dimana pada masa itu, mereka mencari pemain keyboard.

Pada waktu itu, Herwandi yang juga salah seorang kawan-kawan yang selalu bersama mereka turut serta dalam latihan mereka.

Selang beberapa bulan , Novelea mula mengikuti ‘Jam Session’ yang dianjurkan oleh kawan-kawan kenalan Hingga bermain gig pertama pada januari 2007. Pada april 2007, terdapat perubahan pada drummer atas sebab-sebab tertentu dan telah digantikan oleh Hasree yang juga Ahli Band Honey-B.

Pada Masa itu,Kami mula bergiat serius dan mempunyai niat ingin menyampaikan sesuatu cerita tentang Novelea pada semua dan kami berkeputusan merakam Dua dari lagu kami dan menghasilkan demo pertama kami pada Jun 2007. Demo itu kami namakan Murder In Wonderland bertemakan peristiwa benar yang berlaku pada tahun 8o’.

novelea

Q. Apa konsep lagu kalian? Sempat tonton persembahan Kalian di Rantai. Boleh tahan crowd!
A. Terima Kasih kerana menonton kami di Rantai! Kami terharu dengan sambutan dan feedback penonton yang datang. Konsep muzik kami adalah ekspresi dari kejadian sekeliling, perasaan, suasana, bagaikan soundtrack untuk kehidupan seharian. Kami tidak membataskan ganre muzik kami, kami mementingkan “feel”, “vibe” untuk melahirkan suasana yang benar-benar menggambarkan suasana seram, sedih, suka, cemas, fantasi, harapan, atau lain-lainnya. Terus terang kami mengatakan yang muzik kami agak sukar di hayati kerana kami lebih berekperimentasi dengan sound dan vibe untuk melahirkan suasana yang di fikirkan sesuai. Kami bukan sebuah band pop yang boleh berjoget dan bernyanyi bersama. Kami inginkan pendengar dapat membuat cerita mereka sendiri semasa mendengar lagu-lagu kami.

Q. Bagaimana sambutan album kalian? Boleh terangkan sedikit tentang cerita dalam booklet cd tu? Pasti ramai yang kusut nak tau kesudahannya.
noveleaA. Sambutan Demo Murder In Wonderland kami sangat menggalakkan dan kami sendiri terkejut dengan sambutan orang ramai. 50 keping pertama yang kami jual sewaktu show pertama kami di Kuala Lumpur iaitu weird art pada 2 dan 3 jun terus habis selepas kami membuat persembahan. Kami juga telah menghampakan ramai orang yang ingin memiliki cd pertama kami pada hari tersebut kerana kami tidak sangka sambutan yang diberikan sungguh luar dugaan. Demo kami datang dalam satu bungkusan yang kami panggil “evidence bag”. Terdapat beberapa item percuma kami sertakan dalam bungkusan tersebut seperti beg kecil, stiker, lollipop, paper doll dan sebuah booklet. Setiap cd datang bersama bekas cd yang dibuat dengan tangan, ini bermakna setiap cd yang dimiliki adalah unik dan tak akan sama dengan orang lain. Semua produksi Murder In Wonderland di jayakan oleh Novelea, Andy (Inspire Record), Rozy (Art@ddict), Loq dan Caon (A.!.D.A) serta rakan2. Kemudian Andy telah membuat beberapa copy lagi untuk memenuhi permintaan yang tinggi. Sekarang semua demo itu telah habis. Kami membuat keputusan untuk memberikan percuma kepada semua, dengan memuat turun dari Myspace kami.

Booklet itu sebenarnya sebuah Kisah Benar tentang seorang pembunuh kanak-kanak di Jepun yang bukan hanya membunuh mangsanya, malah juga memakan mangsanya. Ia sebuah kes yang lama untuk diselesaikan dan ERIKA NAMBA yang kami ceritakan itu adalah salah seorang darpadai mangsanya.

Kes ini telah diselesaikan pada 17 jun 2008 iaitu tahun ini dan pembunuh tersebut (Miyazaki) telah dijatuhkan hukuman mati. Kes ini juga disiarkan di Metro Ahad pada 22 jun 2008 dan juga menceritakan sedikit sebanyak tentang kisah ini. Cerita lengkap mengenai pembunuhan bersiri kanak-kanak ini boleh didapati di blog myspace kami. Tujuan kami mengambil cerita ini bertujuan untuk menyampaikan masej “social awareness”. Seperti kejadian menyayat hati tentang pembunuhan Arwah Adik Nurin dan kehilangan adik Sharlini agar tidak berulang.

Q. Adakah trend muzik indie kini berubah dari keras ke lebih emo? Juga dari lirik Inggeris ke Melayu?
A. Trend muzik pada masa kini lebih terbuka dan semakin luas diterima oleh orang ramai terutamanya golongan remaja . Muzik masa kini juga menjadi penuh dan terdapat juga lagu-lagu berkonsep antarabangsa yang menggunakan lirik melayu dimana ia sangat mengagumkan.

Q. Siapakah band-band indie tempatan yang kamu rasa patut diberi perhatian dan sememangnya meletop?
A. Band indie tempatan yang pada kami patut diberi perhatian adalah seperti Laila’s Lounge, Deepset, Decma and The Could Have Been, The Otherside Orchestra dan juga They Will Kill Us All. Mereka mempunyai potensi yang bagus untuk di letak dihadapan barisan.

Q. Apakah perancangan jangka panjang kalian? Adakah kalian rasa band ini masih wujud 1-2 tahun akan datang?
A. Kami mempunyai rancangan yang banyak pada masa akan datang dan sedang menjalankan perancangan itu semua Dari segi lagu, cerita, dan juga konsep yang kami ingin sampaikan.

Kami amat berharap bahawa band ini bertahan seberapa lama yang mungkin dan insyaallah kami akan berikan yang lebih baik pada setiap ruang yang kami sampaikan.

Q. Adakah scene JB kini lebih rancak jika dibandingkan 1-2 tahun yang lepas?
A. Scene JB kini lebih rancak dan ramai orang mula menerima kewujudan ini semua. Dengan ini, Semua orang membuat kenalan yang luas dan bersatu dibawah satu bumbung yang kukuh.

novelea

Q. Kata-kata akhir?
A. Ribuan Terima Kasih Dari Kami kepada Sireh Dan Cengkeh kerana meluangkan masa bersama kami dengan temu bual ini. Juga kami ingin mengucapkan terima kasih pada pihak-pihak yang telah membantu kami dalam perjalanan kami ke mana saja kami berada.

Website : http://www.myspace.com/novelea

Similar Posts:

Popularity: 1% [?]

Bookmark and Share

9 comments

1 Indie Zine { 08.04.08 at 8:38 pm }

kena dapatkan beb Demo Murder in wonderland. Best~ (^_^)v

2 Syed Syahrul Zarizi { 08.05.08 at 5:24 am }

Lolipop yang datang sekali dengan CD korang aku simpan lagi. Tah boleh makan ke dah expired :)

3 Uzair { 08.05.08 at 5:18 pm }

Sangat sayang sekali perasaan cinematic dari live show diorang tak dapat didapati dalam CD+evidence bag diorang.

4 peijan { 08.18.08 at 9:49 am }

aku kenal mamat nama wandy tuh … heeeee.. go novelea…!!

5 ??????? ?????? { 08.19.08 at 1:53 am }

???????? ??????

6 m0qh { 08.28.08 at 2:29 am }

band nih mmg mantap..
wandi..air *buck satu…

7 decma { 09.15.08 at 1:26 pm }

will support you all, jb guys!
 heehee

8 ED { 11.04.08 at 10:09 pm }

Ermm.. kami sedang dalam proses rakaman.. baju T akan kuar tak lama lagi dari Bima clothing.. apa-papun tengok maisepis.. hahah.. Clik kat banner ni.

9 zara { 01.15.09 at 8:43 pm }

Apa saja genre muzik yang diketengahkan, buatlah perancangan. Mantapkan persembahan dan vokal. Berani menerima kritikan. Semoga berjaya. Viva Novelea…!

Leave a Comment