Idea Surrounding Us.
23 July 2008

I.S.U atau Idea Surrounding Us adalah kumpulan anak muda yang bergabung dengan matlamat yang sama, iaitu untuk memperjuangkan seni. Ikuti temubual saya dengan Shahrul Hisham, salah seorang anggota ISU untuk mengetahui lebih lanjut tentang mereka.
Q. Siapakah individu disebalik ISU dan bilakah ianya ditubuhkan?
A. I.S.U adalah singkatan daripada “Idea Surrounding Us” dan ISU terdiri daripada 5 orang ahli dari UiTM iaitu Shahrul, Pank, Nad Afro, Shiz dan Shahir.
Ahli ISU terbentuk daripada beberapa fakulti di Uitm iaitu Shahrul dan Nad Afro dari jabatan seni halus, Pank dari jabatan seni reka grafik manakala Shiz dan Syahir dari jabatan seni muzik.
ISU telah ditubuhkan pada sekitar bulan oktober 2007 dengan objektif mewujudkan kesedaran seni kepada masyarakat melalui seni catan, seni arca, seni cetak, seni reka grafik dan seni persembahan (performing art)
Q. Malaysia mempunyai ramai artis & pereka yang berbakat. Siapakah antara designer yang sering menjadi rujukan ISU atau sumber inspirasi?
A. kami sebenarnya merujuk beberapa artis antarabangsa dan artis tempatan. Contohnya di Malaysia, kami merujuk Wednesday Art Group yang ditubuhkan oleh Peter Harris pada sekitar tahun 80an, Angkatan Pelukis Semenanjung dan kumpulan Matahati.

Selain itu, kami juga telah merujuk beberapa pelukis barat antaranya pelukis-pelukis Pop Art yang terkenal di Amerika iaitu Andy Warhol, c, Jasper John dan Jeft Koon.
Gaya pendekatan expressionis juga turut dirujuk antaranya Jean-Michel Basquiat,Henri Matisse, dan juga beberapa artis yang lain.
Selain itu pendekatan instalasi juga menarik minat kami untuk menghasilkan karya.
Q. Terangkan sedikit tentang nama yang kalian pilih, Idea Is U? Dari manakah kalian mendapatkan inspirasi?
A. ISU bermaksud “Idea Surrounding Us” iaitu ISU mengambil kira soal konsep dan Idea dalam menghasilkan karya.Jika dilihat dari inspirasi, ISU banyak mengetengahkan ideanya berkaitan dengan kemasyarakatan dan ianya merangkumi politik, kritikan sosial, keagamaan dan alam sekitar.

Q. Adakah kalian setuju artis independent kini lebih mudah jika ingin mempromosikan diri kerana bantuan website ‘social networking’ seperti Myspace, Facebook dan sebagainya?
A. Artis independent?
Pada pendapat saya, soal independent tidak harus timbul kerana ianya telah wujud di negara kita sejak dahulu lagi. Jika dilihat dalam konteks seni, seseorang artis itu sudah tentulah Independent ( berdiri dengan sendirinya) dan ianya dinilai diri segi proses pengolahan idea, penyusunan intisari dalam keselarasan idea (makna) perlu dipikirkan oleh artis itu sendiri. Jadi independent sepatutnya tidak harus dipersoalkan pada masa kini.

Ramai orang kurang faham apakah yang dimaksudkan dengan Independent dalam seni. Adakah ianya sekadar membuat karya tanpa bantuan orang lain atau campur tangan galeri tidak dikira sebagai independent? Apa yang penting bagi saya adalah independent itu perlu dilihat dari segi karyanya.Tujuan karya tersebut. untuk siapa karya tersebut.dan apakah karya tersebut.persoalah ini yang akan membawa seseorang artis lebih faham tentang apa itu seni.
Bantuan website ‘social networking’ seperti Myspace, Facebook dan sebagainya itupun perlu dipersoalkan jika kita berbincang soal independent. Adakah itu satu yang dikira tidak independent dalam mempromosikan seni?
Itu sebenarnya terpulang pada individu.Bagi saya ia penting dan tidak salah untuk gunakan teknologi yang ada sebagai medium dalam penyampaian sesuatu.itu suatu alat bantuan yang sangat penting pada masa kini.
Sebelum tertubuhnya ISU kami banyak bergerak dengan sendiri, kami aktif menyertai pameran yang diadakan di galari sekitar lembah Kelang, Perak, Kelantan, Melaka dan beberapa negeri yang lain. Apabila kami sepakat untuk menubuhkan ISU, kami banyak membuat aktiviti kemasyarakatan (charity). Sebagai contohnya aktiviti mural di Rumah Aman di Shah Alam dan beberapa event yang lain.

Q. Bagaimana maklumbalas yang kalian diterima semasa RANTAI? Pernahkan iiu menyertai mana-mana pameran selain RANTAI?
A. kami menyertai RANTAI sebagai satu medium untuk mempromosikan ISU dan alhamdulillah ianya mendapat sambutan yang amat baik.
Q. Adakah ISU mempunyai identiti atau gaya tersendiri?
A. Tentang gaya itu ianya sangat subjektif. kami tidak meletakkan gaya itu sebagai satu yang terpenting tetapi kami banyak menekankan soal proses idea dan makna dalam berkarya.
Seperti yang saya katakan tadi, kami merujuk beberapa aliran dalam bidang seni lukis dan ianya terpulang kepada ahli ISU itu sendiri untuk memilih samaada gaya Expressionism, pop Art, Surrialism, kubism, Conceptual Art atau sebagainya. (sekadar menyebut beberapa aliran)
Q. Apakah perancangan ISU?
A. Perancangan ISU adalah untuk membuat pameran kami sendiri pada masa akan datang dan buat masa kini kami sedang menghasilkan karya untuk pameran tersebut.
Q. Kata-kata akhir?
A. Kami berharap agar bidang seni tidak dipandang enteng. Ianya perlu pemahaman yang lebih serius. disamping itu juga kami akan memberi sokongan penuh terhadap aktiviti kesenian dan kami akan buat yang terbaik untuk industri seni di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut sila layari :http://www.myspace.com/ideaisu
Similar Posts:
- Teuku Faruq. Pelukis grafiti.
- Ilshah Shahbir. Pelukis
- Ismail Arsad. Pelukis dan pereka grafik.
- Mukhriz Latif. Photographer.
- RANtAi – ARt.
Popularity: 1% [?]





3 comments… read them below or add one
err.abang, ‘made buy us for u’ 2 gambar label wear envy. takot nanti orang salah faham.
Thanks and noted. gambar diambil secara random dari MySpace ISU
Thank you!
Leave a Comment