Random header images... Refresh for more!

Empayar Kukubesi

kukubesi

Tak kala Malaysia kini sedang dilanda ‘demam’ fotografi disebabkan harga kamera SLR digital yang berpatutan dan boleh didapati dengan mudah dikebanyakkan tempat, jumlah jurufoto berkualiti juga kian menurun. Ramai yang hanya mengikut ‘trend’ dan tidak mendalami ‘seni’ fotografi itu sendiri. Ia hanya dilihat sebagai alat untuk membuat wang tanpa minat dan kefahaman yang sebenar. Menurut Kukubesi, “fotografi adalah cabang seni dan kehadiran mereka ( jurugambar picisan) bukan memeriahkan industri tetapi merosakkan nilai seni fotografi. apa bila tiada seni dalam diri, mereka akan melahirkan harga pasaran yang jatuh menjunam.” Terima kasih kepada Kukubesi kerana sudi meluangkan masa menjawab beberapa soalan dari kami.

kukubesi

Q. Sudah berapa lama saudara bergelar seorang ahli fotografi?
A. Setahun sembilan bulan

Q. Bagaimana saudara boleh berminat dengan fotografi? Adakah saudara mempunyai pendidikan formal didalam bidang ini?
A. Berminat dengan fotografi telah lama, zaman sekolah lagi cuma baru setahun 9 bulan yang lalu bergerak secara aktif, dan aku tidak mempunyai pendidikan secara formal berkenaan fotografi, minat dan jiwa membawa aku ke dunia ini.

kukubesi

Q. Saya difahamkan saudara bekerja dengan sebuah jabatan kerajaan. Bagaimana saudara membahagikan masa antara kerja dan fotografi?
A.Kerja di pejabat hanya 8.15-5.15 dan segala urusan kerja telah di selesaikan dalam tempoh tersebut, waktu cuti dan malam baru operasi di laksanakan di rumah

kukubesi

Q. Bagaimanakah cara saudara mengasah & menigkatkan bakat saudara?
A. Jika ada masa terluang, aku akan surf deviantart, di situlah lubuk dan markas idea2 yang bernas, dan aku akan meniru beberapa karya aku kagumi sebagai rujukan dan aku akan selidik dimana kelemahan mereka untuk aku ketahui rahsia di sebalik kehebatan mereka.

kukubesi


Q. Adakah perkakasan dan aksesori fotografi mudah didapai di Malaysia? Bagaimana pula dengan harganya?

A. Hmmm banyak, tentang harga tidak memainkan peeranan besar sekiranya seseorang itu benar-benar menjiwai seni fotografi, apa sahaja boleh di dapati, asalkan memenuhi kehendak jiwa.

kukubesi

Q. Mengapa saudara menggunakan nama Kukubesi dan Bintang Tiga? Bukankah itu mempunyai konotasi negatif, terutamanya bagi masyarakat kita ini?
A. Biasalah, masyarakat ibarat acuan kuih, terlalu mengikut adat budaya yang kadangkala mengokong pergerakan dan kehendak jiwa, akhirnya kita akan melahirkan masyarakat yang berpikiran sempit dan negatif, pada aku niat adalah tunjang utama dan apabila dah masuk alam perniagaan kita harus pandai mencelah untuk menonjol, strategi pemasaran adalah penting, penggunaan nama dan ideologi akan melengkapkan hala tuju ke arah mana kita ingin pergi. ikut kata hati tapi jangan tersasar, sebab itu kita kena tahu apa matlamat kita “NIAT

kukubesi

Q. Selain dari mengambil gambar, saudara juga mempunyai teknik menyunting gambar dengan baik. Pada pendapat saudara apakah kelebihan dan kelemahan seni fotografi digital dan manual?
A. DIGITAL
Mudah di pelajari, on da dot kita boleh tahu rkeputusannya dan akan perbaiki dalam masa terdekat. Kelemahannya wujud ramai photografer yang tidak sabar dan terlalu taksub untuk mencipta nama sedangkan mereka tiada hala tuju yang sebenar. senang cerita mereka mangsa kepada “trend”.

MANUAL
Akan melahirkan fotografer yang benar-benar menghargai karya mereka, kerana mereka menggunakan filem dan mereka akan mengambil gamba dengan sabar dan menembak ibarat satu musuh satu peluru. Mereka akan memastikan gamba yang terbaik dari segi, freaming, compo dan jalan cerita dapat di hasilkan dengan baik. Kelemahannya, kos.. beli filem, proses dan kelembahan proses pembelajaran.

Q. Apakah jenama dan jenis kamera pertama yang pernah saudara miliki?
A. NIKON D50

kukubesi

Q. Apakah jenama kamera kegemaran dah aksesori kamera yang saudara sering bawa ke mana-mana sahaja?
A. NIKON D50 dan lens 50mm 1.8

Q. Kebelakangan ini ramai juru gambar mengambil gambar majlis perkahwinan. Tidakkah itu agak klise dan orang ramai bertanggapan jurugambar hanya boleh cari makan dari majlis perkahwinan? Apa kata saudara?
A. Inilah salah satu wabak kelahiran DSLR, melahirkan golongan fotografer picisan yang tidak menghargai seni dan memikirkan kertas urusan seripaduka baginda, menyebabkan mereka buta kepada seni. fotografi adalah cabang seni dan kehadiran mereka bukan memeriahkan industri tetapi merosakkan nilai seni fotografi. apa bila tiada seni dalam diri, mereka akan melahirkan harga pasaran yang jatuh menjunam. Bunuh market, tak ubah seperti “Soros”

11- Siapakan dan apakah sumber inspirasi saudara?
A. Turkey
-Mehmet Turgut

Indonesia
-Kenvin Pinardy

Amerika Syarikat
-Joey Lawrence

Q. Malaysia mempunyai ramai jurufoto berbakat. Boleh saudara senaraikan jurufoto yang berbakat besar & perlu diberikan perhatian di Malaysia?
A. Perkahwinan
-shahrin aziz
-Saiful Nang
-Didiz
-Jangguttouch

Eksperimental
-Palancut dan Pekthong

Fotografik
-Kumpulan seni artcoreholic

Fotojurnal
Udey Ismail
Razak Latif

kukubesi

Q. Apa nasihat saudara kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dengan bidang ini?
A. 1. Hargai seni dan fahami seni
2. Matlamat dan hala tuju mesti tepat
3. Hargai nilai diri sendiri

Salam perjuangan salam provokasi salam propaganda. Sudilah masuk http://markas.kukubesi.com untuk melihat komuniti fotografik Malaysia dan www.kukubesi.com untuk memilih gamba yang sesuai.

Similar Posts:

Popularity: 8% [?]

Bookmark and Share

12 comments

1 djbuzzer a.k.a amirul { 07.01.08 at 3:26 pm }

waaa cayalah Cip KB !!
segala yang cip cakap akan saya kenang sampai bile2..

acungkan tiga jari !!!

2 Bentara { 07.13.08 at 2:02 pm }

hahaha… aku pun baru beli D60… Aku terjun dalam bandwagon!

3 lil-silence { 08.05.08 at 10:33 am }

tabik spring 8 kali kat bro KB~~!! toing toing toing!!

4 chot { 08.10.08 at 2:45 am }

xsangka..dgn d50 pun bole menghasilkan gambar tahap gaban..

5 Syed Syahrul Zarizi { 08.10.08 at 8:55 am }

Walaupun hardware tu penting tapi ia secondary. yang penting bakat dan kreativiti.

6 madu warna biru { 08.18.08 at 5:25 pm }

oh saya sangat minat pada jurufoto syed nyzam. siap-siap yang berminat juga boleh ke flicker beliau.

http://flickr.com/photos/sydnzm/

7 aku { 08.20.08 at 1:29 pm }

“fotografi adalah cabang seni dan kehadiran mereka ( jurugambar picisan) bukan memeriahkan industri tetapi merosakkan nilai seni fotografi. apa bila tiada seni dalam diri, mereka akan melahirkan harga pasaran yang jatuh menjunam, fotografi adalah cabang seni dan kehadiran mereka bukan memeriahkan industri tetapi merosakkan nilai seni fotografi. apa bila tiada seni dalam diri, mereka akan melahirkan harga pasaran yang jatuh menjunam…ko takut ker photographer2 len letak harga murah2? kuar gambar sama jer..

8 suparman { 10.15.08 at 10:33 pm }

client melayu sendiri yang takleh terima perubahan. Kalau buat kelainan skit ade jer dipertikaikan. kalau dilihat pada cara wedding photographer dunia amik gambar, banyak gambar artistik candid/moment diambil dari mengambil gambar pose ala2 naomi cambell kerana bagi mereka, mereka adalah wedding jurnalist bukan model photographer. So bagi seorang jurnalist, ape yang dipentingkan ? moment yang menarik atau gambar yang cantik ?

9 Reds { 10.21.08 at 3:55 pm }

Ya…KB mmg seorang yang unik lagi istimewa…saya bangga sbb pernah berguru dengannya…

10 dona { 01.28.09 at 9:45 am }

radikal sekali! tahniah :)

11 aZMI { 01.23.10 at 12:20 pm }

kepada sesiapa yg rasa tergugat dgn wabakjurufoto picisan tu….sedarlah diri tu…rezki kan ke Allah yg tentukan.. x kiralah anda merupakan jurufoto professional yg boleh mengasilkan quality gambar yg world ke…, mempunyai pendidikan fotografi yg tinggi ker…x payah la nak salahkan org2 awam nak pakai/ beli dslr tu… sesiapa saya yg berkemampuan dan berminat walaupun x de ilmu..itu kan hak masing2….kan??. Kenapa nak persoalkan hasil seni lah…kualiti gambar lah…nak salahkan harga service jatuh lah.. Wahai jurufoto yg WOLD di luar sana tu…!! Sedarlah, bahawa dunia fotografi digital skrg ni dah x mcm dulu lg….Anda harus terima bahawa proses globalisasi telah menjajah semua umat manusia dlm dunia ni…sesiapa saja berhak untuk berbuat apa saja…Jd, yg penting??? Usaha lah….Insya-Allah..Tuhan dah janji…org2 yg berusaha dan istiqomah dlm apa saja bidang, pasti akan berjaya…x payah la nak salahkan org ye…

12 edd-shooter { 02.21.10 at 10:38 pm }

mantap la gmbr ko org…

Leave a Comment