F-Code. Graffiti and stencil artist.

Seni grafiti dan stensil selalunya membawa mesej sosial yang tajam dan sinis. Ia disampaikan dengan imej atau tulisan yang mudah difahami. Bagi penggiat seni stensil tempatan, Rat, seni stensil mampu membuat mereka yang melihatnya “marah, dicarut oleh seni itu di depan muka tapi wujud “ilusi” seolah tiada apa yang mereka boleh lakukan utuk “mencarut” semula. Atau orang akan rasa suka melihatnya, mungkin secara mudahnya mereka suka sebab ia mungkin cantik atau mereka bersetuju dengan idea dalam seni itu.” Untuk memahami dengan lebih lanjut salah satu cabang seni jalanan ini, kita bersama f-code, antara penggiat seni stensil dan grafiti yang aktif dan dikenali di Malaysia. (This interview was originally published on 11th February 2008)
Q. Adakah F-Code sebuah kolektif atau individu yang bergerak secara solo?
A. Fcode asalnya bermula sebagai designing dan printing label pada tahun 90an. Masa itu memang printing masih menggunakan teknik stensil di campur dengan pengaruh punk buat aku minat gila-gila dengan stensil. Aku buat sorang sahaja. Pada masa yang sama aku banyak terlibat dengan workshop yang dianjurkan secara pro atau hanya di kalangan kawan-kawan. Tetapi pada permulaan aku hanya buat workshop silkscreen printing. Pertama kali aku buat workshop stensil pada tahun 2002/3 di Batu Pahat bersama kawan-kawan di sana. Sejak itu lebih banyak ‘jemputan’ untuk workshop stensil yang aku dapat, semuanya tidak berbayar. Skill sharing dengan kawan-kawan. Akhirnya adik aku sendiri minta aku buat workshop stensil di rumah kami sendiri. Aku setuju, after that, 2 daripada adik perempuan aku yang ikut sharing ini datang dengan idea untuk tubuhkan satu kumpulan bersama 3 lagi kawan mereka. Lepas berfikir lebih kurang aku pun setuju. Bosan juga gerak sorang-sorang ni. Jadi sejak 2004 aku bergerak bersama tiga perempuan dan dua lagi lelaki. Mereka yang memilih untuk terus menggunakan nama f-code yg ditambah ‘s’ dihujung. Pada tahun 2004, seorang daripada kawan aku meninggal dan pada penghujung 2006, sedikit masalah timbul di kalangan kami, kami berpecah dan tinggal pada mulanya aku dan 2 lagi adik perempuan aku. Kemudian oleh kerana komitmen mereka terhadap perkara lain, mereka pun keluar. Tinggal lah aku seorang sejak tahun 2006 hingga sekarang.
Tetapi dasar idea f-code tu tidak mewakili sesiapa atau diri aku. Aku hanya seorang yang membawa idea itu, yang mana ia boleh di bawa oleh sesiapa sahaja. F-code wujud dari apa yang aku lihat tentang ‘seni di jalanan’. F tu datang dari perkataan “fuck” perkataan mencarut paling terkenal di seluruh dunia. Dan setiap seni jalanan itu adalah satu carutan dalam bentuk kod [code] buat mereka yang melihat. Ia satu sifat yang dibawa oleh seni jalanan ini. Jadi f-code tu menerangkan sifat apa sahaja bentuk seni jalanan dan bukan mewakili sesiapa. Kerana seni bentuk ini hanya akan hasilkan dua perasaan terhadap orang yang melihat, sama ada orang benci melihatnya. Kerana mereka rasa marah, dicarut oleh seni itu di depan muka tapi wujud “ilusi” seolah tiada apa yang mereka boleh lakukan utuk “mencarut” semula. Atau orang akan rasa suka melihatnya, mungkin secara mudahnya mereka suka sebab ia mungkin cantik atau mereka bersetuju dengan idea dalam seni itu. Tetapi di luar sedar, ia lebih dari itu. Mereka yang suka dengan seni jalanan ini tetap di carut seperti yang lainnya. Jadi sebenarnya, seperti di atas tadi, f-code itu sifat mencarut/marah yang di bawa oleh seni-seni jalanan. Mereka yang meletakkan seni-seni ini di sana hanya pembuat kod. Dan dalam hal ini, ia boleh jadi siapa sahaja. Malah kau sendiri pun boleh jadi pembuat kod ni. Aku tetap Rat. Bukan f-code.
Q. Apakah fungsi blog f-code ini sama dengan Wooster Collective, iaitu untuk menunjukkan atau showcase hasil kerja artis-artis lain?
A. Fungsi asalnya untuk letakkan artwork aku setelah aku dikhianati oleh kawan aku yang asalnya dari kumpulan ini. Setelah ‘dia’ keluar dari kumpulan. Tanpa pengetahuan aku, dia gunakan email group untuk terus menghantar artwork dan komen ke Ricecooker menggunakan nama aku [sebelum ini tiada siapa tahu siapa aku sbb aku bergerak anonymously] dengan niat mendedahkan identiti aku kerana pembaca Ricecooker mmg ramai. Bukan setakat itu sahaja, ‘dia’ juga gunakan email f-codes untuk hantar ‘hatemail’ kepada group atau individu yang buat street art, dan yang kena, of course, aku. Lepas aku sedar semua tu, aku tukar password email dan buat blog sendiri sebab aku segan dah nak hantar kepada Ricecooker pasal aku tidak boleh buktikan siapa sebenarnya yang hantar email-email itu selama ini. Dan di situla pemulaan blog itu. Asalnya untuk letak work aku sahaja, tetapi lepas itu aku rasa hendak menggalakkan lebih ramai kawan-kawan terutama budak-budak scene untuk sama-sama buat stensil dan letakkan diblog tu. Wooster collective di bangun oleh dua orang yang aku tak pasti jika mereka turut sama aktif mengasilkan seni di jalan, tapi bagi pihak aku, aku mahu menggumpul hasil seni di jalan dan pada masa yang sama turut sama menghasilkan.
Q. Sejak bila anda berminat dengan seni grafiti? Di manakah grafiti yang pertama saudara hasilkan dan bila?
A. Sejak aku kenal musik punk. Masa tu mana-mana band pun guna imej stensil. Selepas itu aku aku minat dengan printing yang mana pada masa tu emulsion atau apa-apa chemical tak ada lagi, jadi aku buat pinting guna teknik stensil. Masa ini aku remaja lagi, sangat nakal maka di hantar bersekolah di kampung, satu pekan kecil di Pahang. Namun di pekan kecil ini budaya punk sedang mengakar. Rata-rata kawan lama yang aku kenal aktif ngan stensil punya alasan yang sama, mereka diperkenalkan dengan stensil oleh punk. Dan mungkin atas sebab itu juga aku nak bawa ia kembali ke masa sekarang. “making punk a stencil again”.
Jadi stensil aku yang pertama sekali di Pahang dalam tahun 90an, pernah aku balik ke sana dan cuba cari balik stensil aku tu, tak banyak yang masih ada. Tapi semua stensil awal dari aku memang sudah tidak ada lagi sekarang ini.

Q. Di Amerika, grafiti merupakan sub budaya yang juga dikaitkan dengan hip-hop dan juga b boys. Bagaimana dengan f-code?
A. Memetik kata sahabat baik aku, “Graffiti is not hip-hop. If you call it that, then stop”. Graffiti lahir lebih awal daripada hip-hop, malah di awal kewujudannya ia lebih banyak berkenaan musik punk dan rock, bukan hip-hop. Tapi kemudiannya di ambil sebagai satu daripada budaya dalam hip-hop. Aku lebih terpengaruh dengan punk – musik, budaya dan ideanya.
Q. Apakah mesej yang saudara ingin sampaikan dengan stensil grafiti yang saudara hasilkan?
A. Penggunaan spray itu sendiri adalah mesej kepada masyarakat yang membiarkan sekumpulan manusia berkuasa menguruskan dunia ini. Kalau ada sesiapa menyembur secara rambang di jalanan sekali pun, ia sudah menyampaikan ‘mesej’ yang cukup menyakitkan hati masyarakat yang melihatnya, rasa macam kena maki. Tapi aku suka buat stensil dan macam dah jadi satu kebiasaan yang stensil di guna sebagai medium propaganda, bukan seni semata-mata. Jadi, hasil kerja aku banyak menyentuh tentang isu semasa, terutama isu yang timbul di dalam negara kita sendiri, Cuma kadang-kadang sahaja aku sentuh isu antarabangsa seperti perang dan sebagainya.
Q. Dalam setiap ‘bombing mission’ untuk menghasikan grafiti, bilakah masa yang paling sesuai? Apakah antara ‘rule of tumb’ apabila memilih lokasi?
A. Masa yang paling sesuai ialah masa yang tiada siapa jangka, kadangkala di setengah tempat, buat siang hari lebih selamat dari buat pagi buta. Contoh; oleh kerana kau dari johor, tentu kau biasa dengan kawasan Segget. Aku letak stensil tandas berdiri di situ semasa orang ramai kebanyakannya terpaku depan TV tengok piala dunia di Jerman [Jun-Julai 2006]. Aku buat masa tu seawal pukul 8.00 malam. Jadi kesimpulan kat situ, peristiwa atau apa-apa acara semasa boleh di lihat sebagai salah satu faktor dalam memilih waktu untuk ‘shooting’ [bahasa yang aku gunakan instead of bombing]. Tetapi dalam banyak keadaan, dah tentulah buat pagi-pagi buta paling selamat. Lokasi pula terpulang. Kalau nakkan ‘audience’ buat lah di tempat tumpuan orang ramai seperti stesyen LRT, kawasan shopping mall dan sebagainya.
Q. Siapakah antara artis yang menjadi sandaran inspirasi f-code?
Cirda Haryati, Manaf, Banksy, Sheppard Fairey[obeygiant], Jef Aerosol, Swoon, A1one, M-City, Josh MacPhee, Chris Stain.

Q. Pernahkan f-code menyertai mana-mana pameran atau pertandingan?
Pernah beberapa kali di dalam dan luar negara. Di Jepun pada tahun 2006 http://a.sanpal.co.jp/irregular/seppuku2.html di Korea dan Australia di mana video aku di screenkan. Dan yang terbaru di Barcelona Spain - http://www.miscelanea.info/ficha_actividad.php?id=199 video sickmyduck di screenkan lagi. Di Malaysia, banyak juga confine exhibition yang aku ikut. Notthatbalai 2005 hingga 2007. Rantai art fest, sehinggalah ke dalam Balai Seni Lukis Negara. Tapi paling best tentang seni jalanan ialah ia patut berada di jalan, nama pun dah seni jalanan. Bayangkan work aku setiap hari beribu-ribu orang lihat, beribu-ribu makian, carutan. Beribu-ribu org yang benci dan suka dan bermacam perasaan timbul.
Pertandingan bukan atas nama f-code biasa la, tapi kalau pertandingan dengan menggunakan stensil sebagai medium memang tidak pernah.
Q. Pada pendapat saudara, adakah seni grafiti ini mempunyai pengikut di Malaysia? Bagaimana pula pandangan masyarakat dan kerajaan tentang seni ini?
A. Berdasar dari pemerhatian aku, ia sedang berkembang, cuma agak perlahan sedikit. Tapi kalau sekadar pengikut perkembangan, memang ramai, yang melakukannya masih belum cukup ramai.
Kalau hendak ambik kira apa masyarakat atau pihak berkuasa pikir tentang seni jalanan ini memang kita takkan buat apa-apa sampai bila-bila. Hendak tunggu sampai ia jadi legal(sah), mimpi la.
Q. Apakah kit atau barang-barang yang perlu ada untuk menghasilkan grafiti? Adakah ia mudah didapati di Malaysia?
A. Aku akan sentuh tentang stensil sahaja. Board untuk stensil, paper cutter, spray can. Sangat mudah di dapati.
Q. Berapa lama persediaan yang diambil sebelum menghasilkan sesebuah grafiti?
A. Sekali lagi aku hanya akan menyentuh tentang stensil graffiti.
Aku mungkin akan melakukan sedikit kajian tentang isu yang ingin aku sentuh. Mungkin beberapa hari. Bila sudah siap dengan kajian, lukis, potong dan sembur di jalanan boleh di lakukan dalam satu hari.
Q. Karya anda pernah digunakan untuk muka hadapan buku ‘Goblog’. Selain itu, pernahkan saudara bekerja sama dengan mana-mana pihak untuk projek amal atau komersial?
A. Aku mmg tak suka ber’amal’, aku ada buat kerja sukarela dengan beberapa orang perseorangan, kolektif dan NGO. Untuk tujuan komersil, tidak ada.

Q. Kata-kata akhir?
A. Imaginasi dan seni boleh di gunakan sebagai sebahagian dari modul perubahan dalam diri, masyarakat dan realiti hidup kita sehari-hari, bukan semata-mata untuk kepuasan diri. Seni ini boleh jadi sesuatu yang paling mengagumkan apabila ia mampu menyemai kesedaran tentang kuasa yang setiap orang ada untuk bertindak untuk diri mereka sendiri, hasilkan seni mereka sendiri, mereka percaya pada idea sendiri, menguasai diri mereka masing-masing dan mengubah diri mereka sendiri. Kerana jika kita terus menerima apa yang diberi/disuapkan, kita takkan membesar, kita tidak memiliki diri sendiri. Kadangkala kita perlu “mencarut dan memaki-hamun” dan melakukan sesuatu yang kita rasa betul.
Terima kasih atas temubual ini.
http://f-code.blogspot.com/
http://www.youtube.com/fcodes
http://ricecooker.kerbau.com/category/artwork/
Similar Posts:
- Teuku Faruq. Pelukis grafiti.
- 5 cara mudah untuk berhenti merokok.
- Idea Surrounding Us.
- Xlimit. Majalah Maya Karya Kreatif
- RANtAi – ARt.
Popularity: 32% [?]






10 comments
wow..serius memikat hati karya fcode nie..memang seni yg unik..siap ada sasterawan negara tu :D
@syamsulariff
Gamba tersebut diambil semasa acara Notthatbalai Art Festival 2007
dia “mantan sasterawan negara”.
@Rat
“Belangsungkawa” seniman negara. Karya agung tidak dihargai oleh Kementerian Pendidikan negara sendiri.
setuju
Mungkin rakyat kita suka baca karya picisan. Atau ada hal lain yang kita tak tahu?
saper2 pandai wat grafitti… aku nk upah wat kat tempat aku kt sunway.. call urgent 017-3394 293
pleas help me to find more about grafity artists in malaysia and theire project .I am student of um and my research is about this subject and i need knwing mote.thanks for your help.I coudent read abve writen .I cant undrestand malay language.
nice stencil..!
i`m a graffiter,amateur actually..
nk tnye skit r..
kt mane ad kdai graffiti around jb or kl..?
help me please…
call me at 013-7367060
yow dude..nice blog ney..luahan rasa anak seni..ushar myspace aq dude!
Leave a Comment