Random header images... Refresh for more!

Zan Azlee. Penulis, pengarah dan penerbit filem/televisyen.

zan azlee

I’m A Muslim Too adalah karya terbaru suteradara Zan Azlee yang berkisar kepada perjalanan beliau ke negara Timur Tengah untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang Islam. Walaupun sibuk dengan pelbagai perkara lain, filem sepanjang 72 minit itu berjaya juga disiapkan. Semoga ia akan disiarkan di kaca televisyen kelak. terima kasih kepada saudara Zan kerana sudi menjawab soalan-soalan yang diajukan.

Q- Apa khabar?
A. Baik!

Q. Dari ‘accaunting’ ke ‘film making’, sejak bila saudara mula mengemari seni perfileman?
A. Minat filem sejak sekolah menengah. Tapi minat menulis sejak sekolah rendah lagi. Lepas dah dapat degree accounting… saya bekerja dengan suratkhabar tempatan. Tiba-tiba tergerak hati untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Broadcast Journalism di UK. Dan dari situ saya terdedah kepada filem dokumentari.

Q. Selain dari majalah Surf!, adakah saudara ada menulis untuk mana-mana penerbitan?
A. Ada. Sebelum ni saya pernah menulis untuk beberapa suratkhabar (The Sun, The New Straits Times) dan majalah tempatan (banyak sangat lah nak tulis!). Saya juga pernah menulis buku, tapi tak laku!! (tapi masih ada di kedai buku, so kalau nak beli boleh lah! haha!)

zan azlee

Q. Saya boleh dikatakan kerap ke laman Outphace.com dan gemar jenaka gelap saudara. Boleh ceritakan sejarah Outphace.com
dan kenapa ia tidak lagi aktif?

A. Outphace.com adalah hasil ciptaan saya dan kawan kolej saya bernama Apan (Arif Rafhan Othman). Kami selalu bercerita mengarut dan sebenarnya kami perasan yang kononnya cerita kami ni semua kelakar dan lawak gila. Jadi terhasil lah Outphace.com dimana kami mempamerkan hasil karya kami. Sebenarnya lebih pada syok sendiri! Haha!

Outphace.com masih ada (outphace.wordpress.com). Tapi tak aktif sebab masing-masing sibuk. Tapi saya salahkan Apan!!!!!! Dia sibuk kerja lah, kahwin lah, beranak lah!!! Tapi jangan risau, nanti kami akan aktif balik. OUTPHACE AKAN KEMBALI!!!

zan azlee

Q. Bagaimana saudara ukur kejayaan sesuatu filem itu? Dari segi kutipan, jumlah anugerah atau apa?
A. Saya mengukur kejayaan sesuatu filem dari segi perasaan saya. Kalau saya tengok filem tu, dan saya rasa best, maknanya filem tu berjaya. Kalau saya buat filem pulak, dan saya rasa best, maknanya filem saya tu berjaya jugak! Haha!

Q. Apakah antara filem yang telah anda hasilkan?
A. TELEVISION

Impian Illyana (2007)
TV3 Sitcom
Role: Director

The Making of… DIVA (2007)
ASTRO/Tarantella Pictures making of a feature film
Role: Director and Editor

The Making of… Tipu Kanan Tipu Kiri (2007)
ASTRO/Tarantella Pictures making of a feature film
Role: Director and Videographer

MERCY Malaysia (Volunteer relief organization - www.mercy.org.my)
Videographer
2006 Jogjakarta earthquake mision

The Making of Susuk (2007)
TV3 making of a feature film
Role: Director and Videographer

Profil Seni - Dollah Baju Merah (2005)
ASTRO documentary
(Awards: ‘Best Documentary’ 2006 Anugerah Seri Angkasa & Festival Filem Malaysia 2006)
Role: Director and Writer

Impian Illyana (2005-2006)
TV3/Chn9 Sitcom
Role: Scriptwriter

Agenda (2004-2005)
ASTRO current affairs talk-show
Role: Broadcast Journalist/Producer

Hak Kita (2004)
RTM consumer talk-show
Role: Script Editor

FEATURE LENGTH FILMS
Pandang Ke Timur (English title: The Look-East Project) (2007)
Genre: Documentary
Role: Director, Producer, Writer, Editor
Screenings:
- ntv7 (TV broadcast)

Monday Morning Glory (2004)
Genre: Fiction/Drama
Role: Producer
Screenings:
- 2005 San Francisco International Film Festival
- 2005 Pusan International Film Festival
- 2005 Tokyo International Film Festival
- 2006 Berlin International Film Festival

SHORT FILMS
Searching for Sheila (2006)
Genre: Documentary
Role: Director, Producer, Editor
Screenings:
- Jakarta SlingShortFest 2006
- Malaysian Documentaries 2006
- 2007 Singapore Indie Documentary Film Festival

Tudung (2005)
Genre: Documentary
Role: Co-Director
Screenings:
- 2006 Los Angeles Asian Pacific Film Festival
- 2006 Hawaii International Film Festival
- 2007 Singapore Indie Documentary Film Festival

Birdhouses (2005)
Genre: Documentary
Role: Director, Producer, Editor
Screenings:
- Malaysian Documentaries 2005

Flower (2005)
Genre: Fiction/Drama
Role: Producer
Screenings:
- Malaysian Video Awards 2005 (‘Best Short Film – Fiction’ Silver Award)
- 2006 Rotterdam International Film Festival

RAHMAN (2004)
Genre: Documentary
Role: Director, Producer, Editor
Screenings & Awards:
- Malaysian Video Awards 2004 (‘Best Short Film – Documentary’, Silver Award)
- 2004 Asian Film Symposium (Singapore)

The Black, White & Grey (2003)
Genre: Documentary
Role: Director, Producer, Editor
Screenings & Awards:
- Malaysian Video Awards 2003 (‘Best Short Film - Documentary’ finalist)
- USM International Film Festival 2004
- 2004 Bangkok International Film Festival
- KLue Urbanscapes 2004
- 2004 Eksperimento Film & Video Festival
- Teater Utan Kayu, Jakarta (2004)
- 2004 Freedom Film Festival
- 2004 Singapore International Documentary Film Festival

Popiahs, Murtabaks and a Patriotic Donkey (2003)
Genre: Documentary/Video Essay
Role: Director, Producer, Writer, Editor
Screenings & Awards:
- 26th New York Asian-American International Film Festival 2003
- The Emergency Filmmaking Project 2003 (Singapore)
- Cyberjaya Digital Video Competition 2003 Gold Award (Humour and Spoof)
- 2004 Eksperimento Film & Video Festival (Philippines)

Wan (2003)
Genre: Documentary
Role: Director, Producer, Editor
Screenings & Awards:
- Cyberjaya Digital Video Competition 2003 Gold Award (Documentary)

Dancing With Lions (2003)
Genre: Documentary
Role: Director, Producer, Editor
Screenings & Awards:
- Cyberjaya Digital Video Competition 2003 Bronze Award (Documentary)

Q. Bagaimana pula dengan projek terbaru saudara, I’m Muslim Too! Bagaimana perkembangannya sekarang dan bila & di mana ia akan ditayangkan?
A. Filem tu dah siap!! Lama betul sebenarnya nak disiapkan, sebab sibuk bekerja lah. Saya akan adakan tayangan kecil di HELP University-College pada satu malam dalam bulan Februari 2008 ini, dengan bantuan Wong Tuck Cheong dari Kelab Seni Filem Malaysia. Tarikh belum ditetapkan tapi besar kemungkinan dalam minggu ke-3 atau ke-4 Februari. Selain itu, saya sedang berusaha menayangkan di kaca televisyen.

Untuk keterangan lanjut, sila lah layari laman web saya (www.fatbidin.com). Untuk melihat videoblog-videoblog mengenai filem itu, sila lah layari laman web saya (www.fatbidin.com). Untuk membaca perkembangan filem itu, sila lah layari laman web saya (www.fatbidin.com). Kalau hidup anda bosan, sila lah layari laman web saya (www.fatbidin.com). Hahahaha!!

Q. Apakah peralatan yang saudara gunakan (hardware & software) untuk projek-projek saudara?
A. Saya gunakan kamera (Sony FX1) untuk shoot, satu mic klip dan satu mic shot gun (yang murah saya beli kat Jalan Pasar, KL) untuk merakamkan audio dan komputer (Macbook Pro & FCP) untuk edit.

Q. Apakah antara filem dan pelakon kegemaran saudara, tempatan dan antarabangsa?
A. Tempatan:
1. The Big Durian (arahan Amir Muhammad)
2. Sikit Punya Gila (lakonan Hamid Gurkha & Dharma Harun, arahan Raja Ismail)
3. Flower In The Pocket (arahan Liew Seng Tat… tapi dia Cina!!!)
4. Video VK Lingam (arahan… tak pasti lah!)
5. Video Chua Soi Lek (arahan… tak pasti jugak!)

Antarabangsa:
1. Sherman’s March (arahan Ross McElwee)
2. Fast, Cheap and Out of Control (arahan Errol Morris)
3. I Am A Sex Addict (arahan Caveh Zahedi)
4. The Road to Guantanamo (arahan Michael WInterbottom)
5. Mission Accomplished (arahan Sean Langan)
6. Video Paris Hilton (arahan Paris Hilton & Boyfriend)

Banyak lagi filem sebenarnya, tapi tak ingat. Saya tak ada pelakon kegemaran.

Q. Adakah kita ketandusan pengarah muda yang berbakat? Atau mungkin peangarah/pelakon-pelakon ini tidak dapat diketengahkan disebabkan masalah dana, reaksi penonton, dll?
A. Tidak ketandusan. Ramai yang berbakat. Sekarang ni kita boleh lihat semua tengah naik. Bagi masa sedikit, nanti ramai lagi yang akan muncul. Sebenarnya tak ada masalah yang luarbiasa. Masalah yang dihadapi di Malaysia boleh dikatakan dihadapi di mana-mana juga.

zan azlee

Q. Apakah perbezaan filem pendek dan panjang (feature film) dari segi persediaan dan ternikal?
A. Perbezaannya cuma dari segi masa dan durasi… dari segala aspek.

Q. Adakah seoarang pengarah filem pendek yang berjaya dijamin boleh menghasilkan filem panjang dengan baik?
A. Tak semestinya.

zan azlee

Q. Apakah kepuasan yang saudara dapat sebagai seorang pengarah filem?
A. Glamour!!! Hahaha!! Sebenarnya saya rasa seronok bila dapat bercerita kepada orang. Dan bertambah seronok kalau penonton rasa cerita saya tu bermanfaat pada diri dia.

Q. Terima kasih. Saudara ada kata-kata akhir sebelum kita tamatkan sesi soal jawab ini?
A. Terima kasih!

Similar Posts:

Popularity: 29% [?]

Bookmark and Share

19 comments

1 Linda Roos { 02.08.08 at 2:41 am }

Yaw bro..how’s life? weLL..dr ape yg u type tu menunjukkan u ni seorg penulis muda yg berbakat besar dlm industri perfileman. Tp syg…u bley rasa industri kite bisa menerima pendatang muda kayak kamu untuk mengetengah kan pemikiran muda kamu? i’m also a girl who really have a passion in photography,videography..and any related things to do with art and design.. and i really want to make an independent short film someday…but i could go far cos of the people around me and the industry itself didn’t have faith in me or independent artist.T_T
I do appreciated independent film…cos for me they make a quality film rather then some well know directors who make a film just for da sake of MONEY!i’ve a faith that one day u probably make it to the top…but make sure u just maintain in the rite track=) make a movie that portray life,people and our unique culture. MOst of all…make something that really works for our community just like Allahyarham P.Ramlee did! I’m a BIG FAN of his works…i mean he is sooooo SUPERB in terms of scripting;)
i guess…i better stop here!huhu. Its long enuff kan…nway..good luck and all da best to u! Chayok!

p/s: i did acted in Impian Ilyana season 3 actually;) Peace!~

2 Syed Syahrul Zarizi { 02.09.08 at 6:14 pm }

@ Linda, nice to hear from someone that know the man, first hand :). Yah, no doubt he got talent. Hey, maybe I should interview you after this…up for it?

3 Linda Roos { 02.10.08 at 2:56 am }

hey..dont get me wrong,tho.
i didnt really know the man as u said. i just came across this blog and it kinda captured my eyes with its topic saying ‘Penulis, pengarah dan penerbit filem/televisyen.’.
After all the read, I can feel what he’s been doing all this while thats why i came out with ay one LONG comment.hehe.
weLL…nothing much to interview me i guess^_^

4 Syed Syahrul Zarizi { 02.10.08 at 3:36 am }

@Linda

Yeke, but your kind & constructive comment is very much appreciated. Hey, sure many things you can share with us.. kan?

5 Linda Roos { 02.10.08 at 12:33 pm }

nothing to share cos basically its personal matters.
trus kisa terindah itu bisa di simpan utk masa depan aja=)

6 Syed Syahrul Zarizi { 02.16.08 at 1:06 pm }

@linda

:) just visited your fotopages, hey nice photos.

7 Kelabu Jingga { 02.18.08 at 1:26 pm }

I think it’s awesome that we have all these new young documentary filmmakers like Zan Azlee making stuff that’s more relevant for the younger generation. Another new director that i like is the guy who did that short documentary 10 Tahun Sebelum Merdeka. I like the way he spreads his film online coz unlike Zan’s films, i don’t think TV stations would touch it.

8 Syed Syahrul Zarizi { 02.18.08 at 3:39 pm }

@Kelabu Jingga

Terima kasih atas komen anda. Filem 10 Tahun Sebelum Merdeka adalah karya Fahmi Reza.

9 Linda Roos { 02.18.08 at 11:03 pm }

thanks for da warm compliment =)

10 hadi { 03.14.08 at 7:36 am }

Assalamualaikum..saya Kharul Hadi,student UiTM Shah alam.Saya berminat untuk menemuramah en Zan Azlee untuk assigment saya.Jika encik bersetuju,e-mail saya di hadi_anime@yahoo.com.terima kasih

11 Syed Syahrul Zarizi { 03.15.08 at 1:17 am }

@hadi

Ada baiknya saudara hubungi terus beliau, sila lawat http://fatbidin.com

12 hadi { 03.15.08 at 2:04 am }

ok..terima kasih

13 Syed Syahrul Zarizi { 03.16.08 at 11:15 am }

@hadi
 Sama-sama

14 man { 09.11.08 at 2:00 pm }

abg,sy nak berlakon…rase2 blh ker???

15 Syed Syahrul Zarizi { 09.13.08 at 6:25 am }

Haha, nak kata boleh ke tak, saya bukan pengarah :)

16 AZIZ MOHAMAD { 09.24.08 at 3:38 pm }

Assala mualaikom, En Zan…Kalau saya kemukakan sebuah kisah idup sudi kah En Zan terima bagi tayangan hari bapa?

17 Noura { 10.19.08 at 3:10 pm }

Hahaha…sangat menarik la sesi temubual bersama pengarah i’m muslim too… boleh tahu adakah ini filem dokumentari? sebab Noura tak berpeluang tonton semasa tayangan di fakulti…. Kata orang filem ini sangat menarik dari isi kandungan sehingga kepada penyampaian mesej terhadap para penonton…. Oh ya, noura merupakan pelajar filem dan sedang jalani kajian terhadap filem doku… saudara Syed Syahrul, boleh tak kalau tidak keberatan saya ingin menebual saudara Zan secara tidak langsung….
Ouh untuk saudara Aziz, sangat menarik kalau saudara Aziz tidak keberatan untuk ceritakan kisah saudara pada saya mana la tahu kalau2 saya boleh jadikan sebagai bahan catatan untuk skrip saya… asya baru sahaja submit proposal skrip untuk drama hari bapa tahun hadapan…

my email:
 narn_1411@yahoo.com

18 Syed Syahrul Zarizi { 10.19.08 at 11:00 pm }

@Noura

i’m muslim too ialah sebuah dokumentari dan telah ditayangkan pada bulan Ramadan lepas.

19 ageNT_92 { 11.09.08 at 2:59 pm }

assalamualaikum.. brother, cube buat filem kat felda semenchu, kota tinggi, johor… semenchu kan dah menang anugerah keceriaan kampung felda 2008.. dalam masa yang sama dapat promote homestay yang telah di jalankan dengan jayanya disini..

Leave a Comment