Arsyan Ismail. Programmer and web developer .
14 January 2008

Bagi sesiapa yang pernah ke laman web Digg.com.my (kini dikenali sebagai Layann) , tentu ada yang tertanya-tanya siapakah individu yang bertanggung jawab disebalik kewujudannya? Pelbagai kontraversi dan pertanyaan yang timbul. Beliau yang saya maksudkan ialah saudara Arsyan Ismail. Seorang penulis aturcara dan web developer, beliau telah didedahkan dengan teknologi komputer dan internet pada usia yang masih muda. Tentang kontaversi yang melanda, beliau hanya menjawab tenang, “untuk mencuba keboleh programming”, yang ternyata, memang tinggi. Terima kasih kepada Arsyan kerana menjawab soalan-soalan yang diberikan.
Q. Apa khabar?
A. http://www.google.com/search?ie=UTF-8&oe=UTF-8&sourceid=deskbar&q=define%3Akhabar (Syed - Saya tak pandai bahasa Kazakstan:) )
Q. Berkenaan kontraversi digg.com.my. Bagaimanakah reaksi orang ramai dalam hal ini? Apakah pula sebab atau motivasi disebalik projek digg.com.my?
A. Sebenarnya motivasi disebalik digg.com.my ialah untuk mencuba keboleh programming saya sama ada projek itu boleh di buat atau tidak. Seperti juga projek Kawanster saya. Saya mencabar diri sendiri sama ada saya mampu untuk membuatnya atau tidak. Kawanster was inspired by Friendster and Digg.com.my pun, well, u know lah. Haha. Reaksi orang ramai di dalam hal ini adalah bercampur-aduk. Ada yang memberi sokongan moral kepada saya dengan memberikan kata-kata semangat seperti MALAYSIA BOLEH. Ada yang membuat/beri business proposal kepada saya. Ada yang ingin membeli script programming tersebut dari saya dan macam macam lagi. Tetapi ada juga orang yang memberikan kata kata sinis seperti “kau ni takde idea sendiri ke?” Dan kurang juga kata-kata lain yang boleh menyakitkan hati. Tetapi saya sudah biasa menerima kritikan sebegini, bukan sahaja dalam projek digg.com.my, Kawanster juga menerima pelbagai jenis kutukan, dan project project lain yang telah saya bina semenjak 1998 yang tidak boleh didedahkankan di sini yang juga menerima kutukan dan kritikan yang tak terkata. Tetapi saya menerima semua jenis pujian dan kutukan sebagai “constructive critisism” utk membina project project yang lebih berguna di masa hadapan.
Q. Ceritakan serba sedikit tentang latar belakang saudara dan sejak bila saudara mula berjinak-jinak dengan dunia IT dan internet?
A. Saya telah didedahkan kepada dunia computer semenjak saya berumur 3 tahun. (lihat gambar) Haha. Emak saya bekerja sebagai System Analyst di IBM di waktu itu komputer peribadi belum lagi wujud di dunia mainstream. Setiap kali IBM mengeluar kan computer hardware model terbaru, emak saya membawa pulang ke rumah untuk BETA TEST, jadi sayalah yang menjadi setan durjana mengerjakan komputer tersebut. Pelbagai jenis masalah computer saya hadapi dari dulu dan pelbagai jenis software dibina IBM telah saya cuba di waktu dahulu. Minat saya terhadap computer dan dunia IT sudah dilahirkan sejak kecil lagi. Saya bermula menggunakan internet sewaktu saya darjah 6 sewaktu itu internet di malaysia masih muda. Menggunakan modem 14.4k dial-up ke jaring, dan seringkali modem saya di panah petir dan harus membeli modem baru sampai beratus-ratus buah. Sewaktu 1998 dunia mIRC sangatlah hangat. Saya adalah Sk8terboy yang membina OREN SCRIPT (http://www.orensoft.com) (Syed - Weh, saya pernah download script tu!) di dunia mIRC Malaysia yang telah mendapat download sehingga mencecah 80,000 users. Disenaraikan di mircx.com dan juga channel #mamak. Sangat aktif di channel #hantu dan #kampung sehingga membuat aturcara bot eggdrop tersendiri dan mempunyai shell account tersendiri. (ahh ~~ the good old days)
Q. Anda berpeluang bekerja dengan 2 syarikat pengiklanan internet tempatan iaitu Advertlets dan Nuffnang. Bagaimana saudara boleh terlibat dengan mereka? Apakah tanggung jawab saudara sebagai developer?
A. Ceritanya panjang, bagaimana saya boleh berjumpa dengan Josh Lim (Advertlet, pangasas) ialah melalui seorang perempuan di gym yang kebetulannya memberikan business card beliau kepada saya dan nama syarikat yang tertera pada business card tersebut adalah Josh Lim and Associates. Kemudian pula pada Feb 2007 telah berlangsung satu Big Bloggers Meeting di Sg. Wang bertempat di Wizards cafe. Saya menghadiri majlis tersebut dan ternampak muka Josh Lim yang bagai pernah saya lihat dahulu. Saya pun menegur beliau dan kami berbual tentang masa hadapan Malaysia dan projek-projek menarik yang boleh dibuat. Sehinggalah Josh Lim mengajak saya datang kepejabatnya dan melamar saya bekerja bersamanya untuk memulakan projek terbarunya Advertlets.com yang anda semua tahu hari ini.
Dan setelah sekian lama, suatu hari sewaktu saya baru pulang dari makan malam, saya mendapat panggilan telefon dari Timothy Tiah (Nuffnang, pengasas) yang ingin mengumpan saya untuk bekerja bersama mereka. Saya ditawarkan pelbagai kuih-muih untuk melompat ke kapal terbang mereka. Bak kata pepatah Rezeki jangan ditolak, Musuh jangan dicari. Itulah cerita pendeknya. Cerita panjangnya tidak larat untuk saya bercerita kerana ianya sangat panjang dan menarik.
Tanggungjawab saya adalah membuat aturcara untuk sistem mereka.
Q. Sebagai pengguna internet dan seseorang yang mempunyai beberapa domain sendiri, apakakah kita mempunyai blog yang berkualiti, contohnya TechCrunch/ReadWriteWeb untuk segmen It dan HuffingtonPost untuk politik?
A. Sebenarnye saya tidak berapa paham akan ayat anda untuk soalan ini. Please re-phrase?. Tetapi saya memag tidak sukakan politik kerana tidak tahu banyak mengenainya. (Syed - maaf, mungkin soalan saya kurang jelas)
Q. Mengapa sehingga kini kerajaan kita memandang rendah dan fobia kepada blogger, sedangkan di Indonesia keadaan sebaliknya dan baru-baru ini telah dianjurkan Pesta Blog?
A. Ini pada pendapat saya kerana masyarakat kita akan MEMPERCAYA segala benda yang mereka dapat baca melalui internet. Content content di internet adalah un-reliable ( tidak boleh dipercayai) and must be supported by facts and hard evidence (disokong dengan bukti kukuh). Walaupun saya tidak banyak mempercayai benda-benda yang di jumpa di dalam internet, tetapi saya tahu majoriti masyarakat kita akan mempercayai segala benda yang mereka baca di dalam internet. Maka kerajaan mungkin fobia bloggers dan webmasters membuat laman web yang boleh menjatuhkan reputasi kerajaan.
Q. Apakah rahsia SEO yang paling mudah tetapi tidak banyak digunakan oleh blogger Malaysia?
A. Google once said that we dont have to worry much about SEO and proper standards on the web:
“Just create good and quality content and we will know how to index and rank it, simple …”
Maka janganlah risau sangat tentang SEO, pakailah wordpress dan berilah kandungan yang berkualiti dan bagus.
Q. Dari pengalaman saudara bekerja di Nuffnang, berapa peratus blogger Malaysia/Singapore yang berjaya menjana pendapatan yang stabil hasil dari kempen pengiklanan Nuffnang?
A. NDA Sorry ~~~ :)
Q. Apakah antara laman web dan blog kegemaran saudara?
A. Digg.com, Engadget.com, Gizmodo.com, Treocentral.com (ya, saya adalah peminat setia TREO)
Q. Pada pendapat kamu, apakah CMS percuma yang paling mudah dan berkesan untuk blogging?
A. Wordpress hands down.
Q. Apakah projek terbaru saudara?
A. Project terbaru saya akan dipostkan di laman web saya sebaik sahaja dilancarkan. Tidak boleh memberitahu apa apa di waktu sekarang harap maaf.
12. Berapa jam sehari saudara menghabiskan masa melayari internet?
Lebih 10 jam.
Q. Apakah antara aplikasi internet yang saudara sering gunakan untuk kerja atau bersantai?
A. Gmail, Google Reader, Gtalk, Goodle Docs, Google History/Bookmark, Facebook.
Q. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan kami. Ada kata-kata akhir?
A. Saya mempunyai impian untuk bertapak di dalam industri IT and Technology di Malaysia. Saya berharap agar kita Malaysia akan berjaya di dunia IT ini dengan pantas dan lebih maju lagi supaya saya dapat melihat dan mengalaminya sebelum saya mati :P
Website : http://arsyan.com, digg.com.my, layann.com
Similar Posts:
- Mohd Ismail Baharudin.Penulis Blog & Usahawan Media Baru.
- Mukhriz Latif. Photographer.
- Clickita.com. Transparency In Charity.
- Saiful Nang. CEO / Principal Photographer, Candid Syndrom.
- Ismail Arsad. Pelukis dan pereka grafik.
Popularity: 15% [?]





9 comments… read them below or add one
nice interview.
Thanks for your feedback
umur 3thn dah pgg computer? huhu :D
sangat menarik… baru tahu beliau terlibat dengan banyak web spt digg.com.my, advertlets, nuffnang…
@vangardx
Tula. old scool gile.
[…] 1. http://www.digg.com.my developed by Arsyan Ismail. […]
keciknye tulisan blog nih…huhu
@melayubuntu
Ni pun rasa macam dah cukup besar :)
Taik ayam
Leave a Comment