People and great ideas.

Ismail Arsad. Pelukis dan pereka grafik.

me-empty.jpg

Sebuah pekan yang terletak diantara Kota Tinggi dan Johor Bahru, Ulu Tiram telah berjaya melahirkan bukan sahaja pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan tetapi karyawan-karyawan yang kreatif. Salah seorang daripadanya ialah saudara Ismail Arsad. Beliau mempunyai bakat yang besar di dalam seni halus dan grafik. Beliau juga merupakan pelajar tunggal yang pernah menjalani latihan industri bersama kami beberapa tahun yang lalu. Terima kasih kepada MaelXkataK kerana sudi menjawab soalan-soalan yang diberikan dan saya doakan semoga terus sukses di dalam bidang yang diceburi.

Q.Boleh ceritakan serba sedikit tentang latar belakang saudara dan apakah pekerjaan saudara?
A. Nama saya Ismail Arsad atau lebih dikenali sebagai MaelXkataK dikalangan penggiat scene DIY dan Toad McFroggy dikalangan penggiat scene seni. Mula melukis sejak berumur 11 tahun. Dan pernah menghasilkan sebuah komik zine bertajuk “OYSTER Comic.Art” bersama dua orang lagi kawan pada tahun 2003. Kemudian, terpaksa menghentikan penghasilan komik zine tersebut kerana saya melanjutkan pengajian di Politeknik dalam jurusan Rekabentuk Grafik selama 2 tahun. Dan dari sanalah saya menjumpai kumpulan Bangkit (jgntdoje). Kemudian pada tahun 2006, Moqh telah mengajak saya untuk menyertai kumpulan lomokidS sebagai official designer kumpulan tersebut. Dan kini bekerja sebagai ‘silkscreener’ & pereka di syarikat Biofocus Silkscreen Production di Johor Bahru.

Q. Satu masa dahulu, saudara pernah menjalani latihan industri bersama Sireh & Cengkeh Terpilih (pelajar praktikal tunggal yang pernah Sireh ambil. Nak sangat praktikal dengan Sireh, sampai tak kuasa kami nak halang) . Boleh ceritakan sedikit pengalaman saudara bersama Norhafizi dan pengajaran yang saudara perolehi?
A. Haha! Sepanjang 6 bulan saya bersama saudara Norhafizi (Parkinson, Broken Noise Record), pelbagai ilmu yang saya dapat pelajari. Bukan sahaja ilmu dalam bidang pekerjaan, namun saudara Norhafizi turut memberi galakan dan semangat kepada saya untuk mengharungi kehidupan.

Q. Sejak bila timbul minat di dalam bidang seni? Adakah ia merupakan minat semulajadi atau didorong oleh individu/faktor-faktor tertentu?
A. Minat itu timbul sejak kecil lagi, sebab saya amat gemar menonton siri kartun, membaca komik dan juga bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis. Didorong oleh abang dan emak yang turut meminati seni, serta pelbagai cabaran yang diberi oleh orang-orang sekeliling yang sering meragui kemahiran saya. Terima kasih kepada mereka.

Q. Anda adalah salah seorang angota di dalam kolektif Bangkit. Boleh cerita bagaimana anda boleh terlibat dengan mereka dan apakah aktiviti-aktiviti yang telah anda sertai?
A. Hmm.. ya saya adalah salah seorang anggota kumpulan Bangkit (jgntdoje). Pada asalnya kumpulan bangkit ini ditubuhkan dikalangan pelajar – pelajar politeknik. Kerana ingin membuktikan bahawa walaupun kami hanya belajar di politeknik, kami juga mampu memperjuangkan seni. Antara aktiviti-aktiviti yang pernah saya sertai bersama Bangkit (jgntdoje) iaitu S.A.L.E event yang diadakan di gallery izzue, Layar Tancap, Rantai 2006, Figure 8, Attack of Indie Kids, Wierd Art, Event Merdeka, Karya Festival 4th edition dan Rantai 2007.

Q. Adakah saudara rasa dengan ada laman web ‘social networking’ (myspace, etc) ini telah banyak membantu saudara dalam mengembangkan bakat dan menyebarkan karya-karya anda kepada orang ramai?
A. Pada pandangan saya, ia memang berfungsi untuk mengembangkan bakat dan pengaruh dalam bidang ni. Namun, bagi saya tidak untuk menyebarkan karya – karya saya kepada orang ramai melalui ‘social networking’ kerana melaluinya orang boleh buat apa sahaja. Termasuk mencuri idea, memanipulasikan karya orang lain untuk kepentingan sendiri dan banyak lagi.

Q. Dari manakah saudara mendapat inspirasi untuk berkarya?
A. Inspirasi saya untuk berkarya adalah alam semulajadi, kehidupan dan khayalan serta pengalaman.

Q. Apakah medium yang paling saudara gemari?
A. Saya gemar menggunakan arcrylic dan kanvas.

Q. Boleh ceritakan serba sedikit tentang Ortodoct Frog Studio?
A. OrtodoctFrogStudio adalah nama studio peribadi saya untuk menghasilkan karya-karya untuk Bangkit (jgntdoje), lomokidS, Broken Noise Record, Revultion Record dan kerja-kerja freelance saya. Studio ini mula beroperasi pada tahun 2004 sehingga kini. Perkataan “Ortodoct” itu di ambil dari perkataan orthodox sebenarnya, kerana sehingga kini saya masih terus – terusan berusaha untuk mengubah pandangan golongan veteran di negara kita untuk keluar dari kepompong pemikiran orthodox.

Q. Saudara juga merupakan antara pengasas kolektif lomokids. Apakah sebenarnya matlamat kolektif ini ditubuhkan dan setakat ini, apakah aktiviti-aktiviti yang telah kamu sertai?
A. Matlamat utama lomokidS ditubuhkan untuk mengumpulkan para lomographer melayu di negara kita dan kami sangat bersyukur kerana matlamat kami ini telah pun termakbul dan ahli lomokidS pun semakin hari semakin bertambah. Antara aktiviti-aktiviti yang saya terlibat iaitu 1st Lomoday, Lomoraye 2006, Rantai 2006, Lomo Trip Melaka, 2nd Lomoday & Rantai 2007.

Q. Apakah pendapat saudara mengenai aktiviti seni di johor terutama di Johor Bahru. Adakah pereka / artis muda tempatan diberi peluang yang secukupnya untuk mengembangkan bakat mereka?
A. Mengenai aktiviti seni di Johor, pada pandangan saya di sini masih ramai yang tidak nampak atau tahu apa sebenarnya. Masih terlalu ramai yang orthodox dan terus duduk di takuk pemikiran lama. Bagi mereka seni adalah seperti tarian dan sebagainya… bagi saya pereka/ artis muda tempatan kita masih belum diberi peluang secukupnya untuk mengembangkan bakat mereka seperti negara-negara luar, mereka menjadikan hasil seni sebagai salah satu sumber ekonomi negara. Dan pereka / artis-artis mereka bebas bekarya sehinggakan menjadi contoh kepada sebilangan pereka / artis tempatan.

Q. Siapakah antara artis tempatan yang berbakat dan perlu diberi perhatian?
A. Bangkit (jgntdoje), lomokidS, 84cubes, LimpahXruaH, Kusut dan banyak lagi artis tempatan yang perlu diberikan perhatian. Kerana artis-artis inilah yang bakat menaikkan nama negara dengan sesuatu yang baru dimata dunia.

Q. Setakat ini, apakah antara pencapaian atau peristiwa yang memberi kesan yang mendalam di dalam hidup kamu?
A. Pencapaian atau peristiwa, setakat ini, yang banyak memberi kesan kepada saya adalah pengalaman-pengalaman pahit yang pernah saya tempuhi. Kejayaan Bangkit (jgntdoje) & lomokidS di persada seni.

Q. Terima kasih. Ada kata-kata akhir sebelum kita menamatkan sesi soal jawab ini?
A. Kata-kata akhir dari saya, perkembangkan minda anda, kerana era baru sudah pun bermula. Dan untuk pejuang-pejuang seni muda tempatan, jangan pernah berhenti berjuang.. dunia masih belum nampak kita. Ingat sama berdiri, menjulang seni.

Website : http://www.myspace.com/ortodoctfrogstudio

Similar Posts:

Popularity: 33% [?]

AddThis Social Bookmark Button



21 comments… read them below or add one

1 chot — 01.02.08 at 12:15 pm

wow..hebat hasil beliau la..

2 jibamz — 01.03.08 at 9:42 am

cayalah mail. tapi aku betulkan sket ayat ko.

Q. Saudara juga merupakan antara pengasas kolektif lomokids. Apakah sebenarnya matlamat kolektif ini ditubuhkan dan setakat ini, apakah aktiviti-aktiviti yang telah kamu sertai?
A. Matlamat utama lomokidS ditubuhkan untuk mengumpulkan para lomographer melayu di negara kita dan kami sangat bersyukur kerana matlamat kami ini telah pun termakbul dan ahli lomokidS pun semakin hari semakin bertambah. Antara aktiviti-aktiviti yang saya terlibat iaitu 1st Lomoday, Lomoraye 2006, Rantai 2006, Lomo Trip Melaka, 2nd Lomoday & Rantai 2007.

bukan lomographer melayu je mail..tapi satu malaysia. berbilang kaum pun takpe.

3 nurizzati — 01.03.08 at 11:52 am

hi! what is the meaning of graphic from ur opion?

4 Syed Syahrul Zarizi — 01.03.08 at 5:27 pm

@Nurizzati

Graphic = a very clear picture of an item.

5 ida — 01.11.08 at 9:06 pm

a’kum..
sye student art&design uitm shah alam..
tgh cari tmpt tuk prctical..
blh tk join practical kt sini?
sye org kota jer…

6 Syed Syahrul Zarizi — 01.11.08 at 11:16 pm

@ida

Buat masa ini kami tiak mengambil pelajar praktikal. Terima kasih atas minat dan pertanyaan (juga msg sms). Good luck and all the best to you!

7 anajin — 01.12.08 at 2:15 am

salam…
mmg bagus anak bukit berdua ni…
jiji, ko xnak interbiu anak bukit pertama jadi pengarah filem ke…
interbiu arr…
 hehehehe…

8 Syed Syahrul Zarizi — 01.13.08 at 3:50 pm

@anajin
W’salam. Boleh, takde hal. Ni kau kat mana ni? Dah balik malaysia ke?

9 anajin — 01.14.08 at 12:50 pm

aku masih kat cni arr, nanti balik blh set arr sireh jd official ad partner utk first feature aku….kukukuku…kubrick.

10 nizam — 01.17.08 at 10:39 am

Tahniah!

11 Syed Syahrul Zarizi — 01.17.08 at 11:01 pm

@anajin

Nanti aku hanta soalan-soalan untuk kau jawab!

12 arenis — 01.14.09 at 2:57 pm

boleh x dapatkan saya mcam mana nak dapatkan nama tokoh grafik kt mlaysia?

13 arenis — 01.14.09 at 2:58 pm

salam

14 iera — 10.16.09 at 1:11 pm

kiter pon nk praktikal gak leh?kite pon pelajar grafik pjb gak…nk la…nk la….hek3…
kidding~
cmner ek nk apply praktikal kt sne….?

15 iera — 10.16.09 at 1:14 pm

need ur help….
emel me k…

16 nazeer — 01.16.10 at 8:16 pm

dak grafik eh?

17 Nurr Muazzin Bin Md Ghali — 01.18.10 at 7:36 pm

saya dari pelajar Uitm didalam bidang Seni lukis Grafik… bagaimana saya boleh dapat contact Ismail Arsad. Pelukis dan pereka grafik. Supaya saya boleh bertemu bual dengan Ismail Arsad.

18 Nurr Muazzin Bin Md Ghali — 01.18.10 at 7:38 pm

please help me…

19 rozinorazali — 01.18.10 at 11:59 pm

dtg ke #blogParty JB 23 hb ni utk bertemu dgn ismail arsad.

20 nazeer — 01.24.10 at 4:37 pm

saya dak grafik n ingin tahu lebih lagi tntang ilmu grafik…

21 lolly — 04.22.10 at 4:16 am

saya nk tgk karya ismail arsad…website mna ye?

Leave a Comment

You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Victor Hugo