Random header images... Refresh for more!

Mukhriz Latif. Photographer.

mukhriz latif

Sejak perkembangan teknologi kamera digital yang semakin maju dan mampu dimiliki, seni fotografi telah berkembang dengan begitu pesat. Dengan berbekalkan sedikit usaha dan minat yang mendalam, ada juga antara mereka yang beralih, dari sekadar hobi kepada kerjaya yang menguntungan.

Saya telah mengenali Mukhriz agak lama; bertahun. Perjumpaan singkat beberapa bulan dahulu menceritakan perkembangan hidup beliau yang kini lebih selesa berada di belakang lensa. Merakam peristiwa dan acara. Ikuti wawancara saya dengan beliau tentang fotografi dan seni lomo.

img_0024.jpg

Q. Bagaimana saudara boleh terlibat dalam bidang fotografi?
A. Semuanya bermula daripada hobi. Saya minat melihat hasel2 gambar yg menarik. Dan daripada situ ianya mendorong saya untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Saya bermula pada pertengahan 2006…

Q. Apakah kamera pertama saudara?
A. Kamera pertama saya..panasonic D-Snap..saya berhabis duit untuk dapatkan benda alah nih..tapi sayang kamera itu dah kena curi..

mukhriz latif

Q. Saudara merupakan jurufoto senior di Candid Syndrome. Bagaimana sejarah saudara bersama mereka dan apakah antara projek yang paling menarik pernah saudara sertai bersama mereka?

A. Semuanya bermula daripada perkenalan saya dan AdiNang, salah seorang senior photographer Candid Syndrome di satu group MySpace. Daripada situ saya cuba mempelajari segala ilmu fotopgrafi sehinggakan saya sanggup mengeluarkan duit simpanan untuk membeli sebuah kamera DSLR. AdiNang banyak memberi tunjuk ajar sehinggalah satu hari dia membawa saya berjumpa dengan SaifulNang [Principal CS]..daripada situ..semuanya bermula hingga ke hari ini..saya telah menjadi salah seorang senior photographer di sana..
Projek paling menarik ialah ketika CS menjadi Official Photographer untuk event Merdeka Raksasa 50 yang berlangsung di satdium Merdeka pada 31 Ogos yang lalu.

mukhriz latif

Q. Sebelum ini saudara terlibat di dalam scene independent, malah turut mempunyai kugiran sendiri tetapi saya tidak nampak sebarang gambar di ‘gig’ atau gambar kugiran tempatan beraksi di dalam portfolio dan fotopages saudara. Kenapa?

A. Jadual waktu yg agak sebuk membuatkan saya tidak begitu aktif lagi dalam scene indipendent ini..tetapi saya maseh lagi pergi ke gig2 dan menyokong mereka di dalam scene..mengenai gambar..rasanya saya pernah upload sebuah kugiran DIY beraksi..cuba check semula..:D

mukhriz latif

Q. Lomography mempunyai falsafah yang berbeza dengan fotografi konvensional. Apakah yang menarik saudara untuk mendekati lomography?
A. Bagi saya lomography ada kategori artnya sendiri..susah kita nak tafsirkan apa itu lomography secara detail..cuma apa yang boleh aku katakan kat sini ‘feel’ dalam lomography nih lain daripada yang lain. Lomography mengajar kita berfikir macam mana nak dapatkan gambar yang menarik dengan hanya memasukkan filem dalam kamera..snap..dan develope tanpa sebarang editing..itu yang membuatkan lomography amat unik pada diri saya.

mukhriz latif

Q. Sebagai orang kuat LomoKids, boleh saudara cerita sedikit mengenai LomoKids dan apakah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan?
A. LomokidS adalah satu komuniti kecil dimana ahli-ahlinya meminati seni/art dalam lomography..lomokidS telah ditubuhkan pada awal 2006 oleh 4 orang sahabat yang kebetulan meminati lomography termasuk aku diri sendiri. Dan ianya ditubuhkan untuk meluaskan lagi scene lomo di Malaysia. Dalam lomokidS kami lebih mementing tali persahabatan daripada lomography itu sendiri..banyak aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli-ahli. Antaranya Outing/trip ke JB, Singapura, Ipoh, Melaka dan sekitar Kuala Lumpur.

Q.Apakah ‘setup’ kamera kegemaran saudara?
A. Lomography - tiada setup..don’t think just shoot.
Photography - depends pada keadaan[weather/tempat/dan lain-lain]

Q. Siapakah atau apakah yang banyak memberi inspirasi kepada saudara?
A. Siapa..? Tentulah kawan-kawan dan keluarga..terutama rakan-rakan di CS yg banyak memberi perangsang untuk saya terus maju dalam bidang ini.

Q. Apakah tips atau nasihat yang boleh saudara berikan kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang fotografi?
Minat yang mendalam penting untuk kita ceburi bidang nih. Tanpa minat kita tak kan pergi jauh.

Q. Apakah perancangan peribadi, LomoKids dan Candid Syndrome selepas ini?
A. Buat masa nih saya cuba meluaskan empayer LomokidS di serata dunia..dan setakat nih..lomokidS telah menjalankan beberapa projek besar bersama rakan-rakan LomoManila dari Philipina dan juga LomotionSG, Singapore. lomokidS juga akan join beberapa exhibition dan yg paling hampir buat masa ini adalah RANTAI ART EVENT 2007 pada bulan December nanti. Selain itu lomokidS juga cuba bergabung bersama bebarapa nama besar di dalam scene art untuk menghaselkan sesuatu yg menarek..antaranya 84cube dan juga Bangkit.

Dan baru-baru ini..saya telah membuat satu keputusan berani untuk meletakkan jawatan semata menjadi fulltime photographer di Candid Syndrome ( insyallah, semoga berjaya-ed ) …kerana saya yakin setiap pengorbanan itu akan dibalas jika kita ikhlas dalam melakukannya..

Sebarang komen/kutukan/persahabatan/cacian atau apa-apa sahaja sila layarkan ke mukhrizlatif@yahoo.com

Websites :
myspace.com/mukhrizlatif
mukhrizlatif.fotopages.com
mukhrizlatif.com
candidsyndrome.com
 lomokids.com

Sekian!

mukhriz latif

mukhriz latif

mukhriz latif

mukhriz latif

mukhriz latif

Similar Posts:

Popularity: 20% [?]

Bookmark and Share

24 comments

1 iyan loser { 11.15.07 at 11:24 am }

hahaha…
da jadik rockstar nih…

2 digitalarmy { 11.15.07 at 3:05 pm }

mmg star lah

3 dyana hanni { 11.15.07 at 7:28 pm }

huhu ilham nih..

4 razifmustapha { 11.16.07 at 1:53 am }

bapak la lawa gombo2 die snap…

5 Syed Syahrul Zarizi { 11.16.07 at 10:34 am }

Meletop beb!

6 zatyLyaya { 11.16.07 at 10:45 am }

fuiyoo makin glamer la moqh nnti niee…hidup LOMo!

7 Toad McFroggy { 11.17.07 at 8:13 pm }

way to bro! hehehe

8 Syed Syahrul Zarizi { 11.19.07 at 1:39 pm }

Mael, kau pulak, bila nak showcase artwork kau yang berlambak tu?

9 Aizat { 11.24.07 at 5:48 pm }

menarik gamba2.. mesti penuh ilmu fotografi nie.

boleh jadik sifu.. memang sifu pon kat candidsyndrome..

10 Syed Syahrul Zarizi { 11.29.07 at 1:25 am }

@Aizat

Terima kasih. input anda memang dihargai

11 peijantheparanormall { 11.29.07 at 12:07 pm }

terbaik!!.. hidup moqh!! hidup lomo!!

12 gaban { 12.03.07 at 4:30 pm }

Terror seyy

13 ema { 12.19.07 at 11:54 pm }

we will always support you moqh!
and hidup lomokids gak wewwiit

14 Ismail Arsad. Pelukis dan pereka grafik. | Sireh Dan Cengkeh Terpilihâ„¢ { 01.01.08 at 1:01 am }

[…] 2 tahun. Dan dari sanalah saya menjumpai kumpulan Bangkit (jgntdoje). Kemudian pada tahun 2006, Moqh telah mengajak saya untuk menyertai kumpulan lomokidS sebagai official designer kumpulan tersebut. […]

15 apakanama { 01.09.08 at 2:15 am }

gempaq

16 m0qh { 01.10.08 at 2:32 am }

thanx guys…

17 Syaiful { 04.27.08 at 9:15 am }

Semoga segala usaha yang dilakukan berjaya hingga ke anak cucu…

hahaha apa pulak hubungan Art of Photographer ngan anak cucuk…??

Pelik?? cam tak pelik…??

kalo skang kita menggunakan Digital Camera…

anak cucu kita plak pakai apa herk..???

Mungkin itulah kaitannya antara Art Photographer ngan anak cucuk gak nyer…

gamaknyerrr…..

maceh.. :D

18 merry { 04.28.08 at 7:40 pm }

Assalmulaaikum

Nak tanya yer, bagaimana caranya utk mendaftar dan menjadi anak murid candidsyndrome nih, suami saya amat meminati seni fotografi, baru2 ni dia berhabis duit membeli camera digital SLR, so saya fikir nak daftarkan dia utk kelas sprt ini..

19 Syed Syahrul Zarizi { 04.28.08 at 10:51 pm }

@merry

Saya cadangkan ada baiknya puan hubungi terus Candid Syndrom untuk sebarang pertanyaan. Sila lawati laman web mereka.

20 mukhriz latif { 04.29.08 at 9:56 am }

sila ke http://www.candidsyndrome.com/forum .register free jek..kat sini kita buat sekolah fotografi maya..so boleh idea dan belajar sama2..thanx

21 akupelik { 05.28.08 at 1:04 pm }

gojes!so adorable that brings me more guts to spit with my stupid ideas!

22 midori { 06.06.08 at 1:26 pm }

best mmg best!! makin minat la aku kat bidang nii….

23 kabus ribut { 06.13.08 at 2:41 pm }

kitorang sentiasa menyokong ko moqh!!!

24 Lomography. Apa itu lomo? | JHafiz { 03.28.10 at 5:40 am }

[…] dengan  dunia lomo. Sila rujuk sini, sini, sini, sini, sini, dan sini. Boleh jugak rujuk saudara Mukhriz Latif – salah seorang jurufoto yang berbakat. Faham? Harap dapat membantu anda untuk faham. […]

Leave a Comment