Teuku Faruq. Pelukis grafiti.
27 December 2009

Kerana hujan yang agak lebat, perjalanan saya ke Hutan Bandar mengambil masa agak lama dari yang sepatutnya. Setibanya di lokasi berlangsungnya Preview Seni #3 @ Hutan Bandar anjuran Komuniti Pelukis Hutan Bandar, antara peserta yang pertama saya temui ialah pelukis grafiti dari indonesia, Teuku Faruq.
Lebih senang membahasakan diri Faruq, beliau adalah sebahagian dari kumpulan yang menamakan mereka Asek2. Berasal dari Bogor, Faruq adalah pelajar di Universiti Teknologi Malaysia dan telah berjinak-jinak dengan seni grafiti ini sejak 4 tahun lalu.

Beliau yang baru pertama kali menyertai sesi ‘Preview Seni’ ini galak bercerita tentang keadaan seni di Indonesia, terutamanya seni Grafiti. Indonesia boleh berbangga kerana mempunyai kolektif pelukis grafiti yang dikenali sebagai Tembok Bomber tetapi, menurut Faruq, ia sudah tidak aktif kerana sudah tidak bersatu. Kebanyakkan artis grafiti di indonesia bergerak sendirian dan yang uniknya setiap daerah mempunyai gaya tersendiri, contohnya, jika di Bandung, mereka lebih cenderung menggunakan stensil.
Sekiranya anda mempunyai soalan atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang saudara Faruq, sila hantarkan mesej ke laman Facebook beliau.
Similar Posts:
- Ilshah Shahbir. Pelukis
- Saiful Nang. CEO / Principal Photographer, Candid Syndrom.
- Idea Surrounding Us.
- Yusof Gajah. Pelukis.
- Y. Bhg. Dato. Mahsun B Hj. Taib. Pelukis
Popularity: 4% [?]





2 comments… read them below or add one
“menurut Faruq, ia sudah tidak aktif kerana sudah tidak bersatu. Kebanyakkan artis grafiti di indonesia bergerak sendirian dan yang uniknya setiap daerah mempunyai gaya tersendiri, contohnya, jika di Bandung, mereka lebih cenderung menggunakan stensil.”
Bro, bersatu itu depend and they are still very very active. We are still bersatu, we are Indonesian. But in art, we have different motivation or vision or mission. This thing that make us walking in different way. We respect each other. And about stencil, i didnt mention Bandung. But Yogyakarta. And actually, in all over the place you can see so many stencil.
Thanks.
teruskan usaha seni untuk rakyat
Leave a Comment