Yusof Gajah. Pelukis.
13 August 2009

Antara perkara yang memberi nilai kepada seseorang individu ialah prinsip dan identiti. Tanpanya, seseorang itu kelihatan kosong walaupun zahirnya mereka berjaya di dalam bidang yang diceburi. Prinsip dan Identitilah yang membezakan diri kitadengan jutaan insan yang lain.
Dikalangan penggiat dan peminat seni tanahair, nama Yusof Gajah memang dikenali dan sinonim dengan imej berwarna-warni makluk besar berbelalai ini. Walaupun objeknya sama tetapi setiap lukisan dan siri yang dihasilkan mempunya cerita yang berbeza. Limitasi adalah hanya difikiran kita. Dengan imaginasi yang tinggi, tiada apa pun yang mustahil. Itulah yang membuatkan karya beliau segar dan mudah di terima oleh semua lapisan masyarakat
Saya ingin mengucapkan ribuan terimak kasih kepada En. Yusuf Gajah kerana meluagkan masa untuk menjawab soalan-soalan saya. Semoga beliau diberikan kesihatan yang baik dan terus berkarya.

A. Bagaimana saudara boleh terlibat di dalam bidang seni lukis? Adakah ianya berlaku secara sedar atau secara kebetulan?
Q. Berlaku secara sedar … masih ingat ketika saya berumor 7 tahun sudah bercita cita nak jadi pelukis walaupun ketika itu kerjaya pelukis belum lagi popular seperti sekarang.
Q. Dari segi apresiasi atau penghayatan seni masyarakat negara kita, adakah terdapat perbezaan dengan masyarakat negara lain?
A. Tingginya beradaban manusia maka tingginya apresiasinya terhadap seni . Negara barat yang telah melalui bentuk peradaban yang maju mampu meningkatkan apresaisi seni pada masyarakatnya . Kita masih lagi mencari cari .Sistem pendidikan awal hingga menengah masih kurang membantu didalam memberi penghayatan pada seni . Apa bila komputer diperkenalkan pada tahun 90an hampir semua sekolah memiliki makmal computer tapi sehingga kini kebanyakan sekolah tidak ada studio seni lukis. Begitu juga kurangnya galeri di Negara kita . Kuala Lumpur saja ada segelintir galeri seni lukis.
Q. Adakah mereka melihat seni ini satu ‘selingan’ atau ‘iklan’ yang tidak mustahak yang berperanan hanya untuk mengisi ruang kosong?
A. Masyarakat menganggap seni membuang masa atau tidak menguntungkan dari segi materi. Bila masyarakat sudah diprogramkan kebebasan seni tersekat . Saya bukan mengatakan kebebasan mutlat tanpa batas tapi kebebasan dalam lunas lunas yang dibenarkan oleh setiap agama pengamalnya.

Q. Pada pendapat saudara, antara bakat dan minat, mana lagi penting?
A. Bakat 10% saja minat , kerja keras , disiplin , tak mudah puts asa 90%
Q. Kita mempunyai pelukis yang sangat berjaya seperti Latiff Mohiden dan Ib (sekadar contoh) yang berjaya menjadikan ‘seni lukis’ sebagai kerjaya. Namun, pada pendapat saudara adakah melukis ini boleh dijadikan kerjaya yang berjaya pada masa ini?
A. Ukuran berjaya tu relative . Kaya belum tentu berjaya . saya berpegang pada prinsip
“ jangan jadi miskin kerana kita memiliki bakat besar” . Ramai pelukis yang berjaya mencipta nama tapi kurang bermasyarakat terlalu mementingkan diri sendiri .Untuk kesenambungan species yang bernama pelukis maka ada jalinan erat antara pelukis senior ,dan muda . Sekarang ada jarak dan jurang yang luas didalam kelompok pelukis .Masing masing nak jaga periuk nasi maka tak harianlah banyak persatuan pelukis gagal berfungsi dengan baik. Melukis boleh dijadikan kerjaya kalau pelukis tu sendiri tau tentang banyak pekara bukan hanya tahu melukis saja
Q. Saudara sinonim dengan gajah dan gaya naive yang penuh warna-warni. Apakah yang menariknya makhluk gajah ini sehingga menjadi ‘muse’ atau inspirasi dalam majoriti karya saudara?
A. Secara kebetulan saja apabila kawan kawan saya mengelar saya Gajah kerana banyaknya motif dan subjek Gajah didalam lukisan saya. Menariknya Gajah diminati diseluroh dunia dan banyak budaya dan agama yang ada sangkut paut dengan Gajah . Nabi Muhammad SAW lahir tahun Gajah ( walaupun Gajah Kalah) Agama hindu menyembah dewa Ganesha dan kaum cina mengganggap Gajah sbg lambing keberuntungan ( Fung sui)
Q. Bagaimana saudara lihat perubahan yang berlaku dari segi gaya dan falsafah saudara sejak saudara mula berkarya sehinggalah kini?
A. Kita jadi matang sesuai dengan factor umor dan pengalaman Begitu juga pengalaman itu dapat membantu dalam kematangan kita. Berfalsafah adalah akar ( root of thinking) pemikiran atau foundasi kita daam kehidupan . Orang yang root of thingking =nya dangkal maka cepatlah goyah .

Q. Apakah antara acara atau pameran yang saudara pernah sertai yang tidak dapat dilupakan?
A. Semua pameran saya melalui tahap dan pengalaman yang berbeza. ketika saya mengadakan pameran solo saya di Tinta galleri 70% karya sudah terjual ketika pameran bekum dirasmikan. Itu mungkin moment yang indah apabila saya dihargai.
Q. Siapakah antara pelukis tempatan dan antarabangsa yang saudara hormati?
A. Semua pelukis saya hormati terutama lukisan kana-kanak . terlalu ramai sehingga susah nak buat pilihan.
Q. Saya lihat anak-anak saudara juga mempunyai minat dan bakat di dalam bidang seni.
Mereka semua punya bakat tapi yang penting mereka juga terpaksa melalui proses pahit manis menjadi pelukis . Saya mendidik anak seperti kita hendak memanah kadang kala tidak terkena sasaranya tapi tetap berusaha.
Q. Bagaimana saudara memupuk minat ini di dalam jiwa anak-anak saudara?
A. Sama seperti pengalaman saya waktu kecil. Rajin membuat sketching dan membaca sehingga keluarga saya semuanya minat membaca . Setiap ruang dirumah ada koleksi buku buku.
Q. Sepanjang penglibatan saudara di dalam bidang ini, apakah antara penghargaan yang pernah saudara terima dan paling bermakna?
A. Banyak ( lihat blog saya di Facebook) tapi yang manis apabila Agong sekarang Sultan Mirzan perkenan membeli 5 buah lukisan saya.

Q.Apakah perkara yang perlu kita ubah jika kita mahu lihat bidang seni lukis di negara kita ini berkembang ketahap yang lebih membanggakan?
1. pendidkan dalam bidang seni
2. peranan balai seni lukis Negara perlu dikaji .
3. dana yang besar didalam mempromosi kesenian khusus seni lukis.
4. pelukis sendiri kita berubah
Website : http://yusofgajah.blogspot.com
Similar Posts:
- Ilshah Shahbir. Pelukis
- Teuku Faruq. Pelukis grafiti.
- Ismail Arsad. Pelukis dan pereka grafik.
- Idea Surrounding Us.
- Mukhriz Latif. Photographer.
Popularity: 9% [?]





5 comments… read them below or add one
unik la lukisan dia neh
sesuai letak kat rumah neh. hehe :)
haha, kalau berduit, boleh la belikan satu :)
saya seorang pelajar dlm bdg grafik…
ingin mmbuat sdkt kajian tntg karya2 tuan…
salam..saya pljar jrusan seni..ingn mmbuat analisis ttg krya tuan..apa yg sya ingn thu ialah jnis aliran tknik yg slalu tuan gnakn??slain 2..sya ingn thu apa tjuk krya tuan yg plg popular & teknik yg dgunakan??
@ hanis @ nurul jika berminat untuk mengetahui lanjut tentang En Yusof, beliau boleh ditemui di Pasar seni Kl atau cari sahaja di facebook
Leave a Comment