People and great ideas.

Nuraina A. Samad. Penulis.

nuraina

(Nota: Tarikh asal temubual ini ialah pada 23 april 2009, sebelum beliau dilantik ke jawatan Pengarang Urusan NST) Disebabkan siri ‘Tuesdays With Bapak’, pada setiap pagi Selasa, perkara pertama yang saya lakukan apabila membuka komputer ialah terus ke blog 3540 Jalan Sudin. Hari Selasa hari istimewa. Boleh buat kita duka atau gembira. Tulisan Puan Nuraina, anak Tan Sri A Samad Ismail tentang kehidupan mereka sekeluarga sekitar penahanan Pak Samad di bawah ISA sunguh menyentuh perasaan sesiapa yang membaca. Ia merupakan bacaan wajib bukan hanya untuk peminat Pak Samad Ismail, tokoh kewartawanan negara yang tersohor tetapi juga oleh semua rakyat Malaysia yang ingin tahu pahit getir yang dilalui oleh seorang pejuang bangsa demi negara dan bangsa tercinta.

Puan Noraina, yang juga bekas wartawan dan seorang penulis meneruskan kesinambungan legasi A. Samad Ismail dengan cara beliau yang tersendiri. Blog beliau banyak mengulas tentang keadaan politik dan sosial semasa. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa protem All-Blogs, sebuah persatuan untuk penulis blog Malaysia. (Gambar atas: (Dari Kiri - kanan) Kak Teh, Marina Mahathir, Maria and Nuraina. Sumber Zorro-Unmasked)

Saya berkesempatan bertanyakan beberapa soalan kepada Puan Noraina berkenaan penglibatan beliau dengan penulisan blog, perkembangan All-Blogs dan isu-isu semasa.

nuraina a samad
(Gambar oleh RockyBru)

S. Bagaimana puan boleh terlibat dengan bidang penulisan blog?
J. Selepas saya berhenti dari NST sebagai wartawan, saya di pujuk pada tahun 2007 oleh rakan seperjuangan saya saudara Ahirudin Attan yang sudah hampir setahun berblog Rocky’s Bru.

Beliau cabar saya sebab saya pernah menyandang jawatan pengarang politik di NST dan jawatan terakhir saya di akhbar itu ialah sebagai timbalan ketua pengarang berita.

Pada masa itu saya pun berasa yang saya tidak harus luputkan kebolehan saya sebagai wartawan lalu saya buka blog 3540 Jalan Sudin.

Saya ingin meluahkan pendapat dan pandangan saya mengenai isu-isu masakini.

S. Adakah puan sedar pada masa itu ‘kuasa’ yang dibawa oleh laman blog itu ada masanya boleh menyaingi berita dari media arus perdana?
J. Tidak, walaupun dengan kehadhiran saudara Rocky dan Datuk A Kadir Jasin, pada masa itu, saya sudah melihat dan menyaksi betapa berpengaruh laman-laman blog terhadap segolongan masyarakat Malaysia.

S. Sebagai bekas penulis untuk media arus perdana, apakah keistimewaan dan kekangan yang dihadapi oleh seorang blogger?
J. Sebagai seorang blogger, saya berhak bertindak sesuka saya, menulis sesuka saya — walau dalam batasan (undang-undang) yang sedia ada. Saya tidak terikat dengan “editorial policy” atau apa-apa polisi.

Tetapi saya bertanggungjawab atas apa yang saya tulis dan saya mesti menghadapi kritikan atau herdikan pembaca.

S. Saya sangat meminati tulisan puan, Tuesday with Bapak kerana ceritanya yang ikhlas dan menyentuh perasaan. Bagaimanakah reaksi kawan dan keluarga puan tentang tulisan itu? Adakah ia akan dibukukan nanti?
J. “Tuesdays With Bapak” dilahirkan atas keinginan saya untuk membuka kepedihan yang dipendam selama ini semenjak Bapak saya di tahan bawah ISA.

Saya inginkan sesuatu “closure”.

Kawan rapat dan rakan sekerja ramai tidak begitu tahu apa saya dan keluarga saya lalui masa Bapak di tahan.

Kami tidak pernah bercerita mengenai peristiwa itu.,

Saya ingin kawan-kawan semua mendekati peristiwa itu.

Ramai terkejut sebab mereka tidak tahu langsung perasaan dan peristiwa yan kami sekeluarga alami dan lalui.

Ahli keluarga saya rasa macam lega dapat melepaskan keperitan mereka juga.

Memang saya ada rancangan untuk membukukan tulisan saya.

S. Berkenaan Allahyarham Pak Samad. Sebagai wartawan, sasterawan dan pejuang kemerdekaan yang tersohor, adakah apa-apa cadangan untuk memperingati jasa beliau, contohnya anugerah, filem, dll?
J. Belum lagi membuat rancangan….tetapi setahu saya Perpustakaan Negara ada rancangan untuk memelihara dan mempamirkan bahan-bahan dan penulisan Arwah.

S.Bagaimana pula dengan perkembangan All-Blogs yang agak senyap kebelakangan ini. Adakah ia sudah didaftarkan bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia? Apakah rancangan dan aktiviti yang akan diadakan?
J. All-Blogs dalam proses pendaftaran.

Belum ada aktviti tapi selepas sahaja dapat didaftarkan, All-Blogs akan mengadakan perjumpaan untuk mengundi ahli-ahli jawatankuasa.

Setakat ini ahli JK protem All-Blogs yang harus mengundurkan diri ialah saudara Jeff Ooi (menyandang timbalan presiden protem) dan saudari Eli Wong (menyandang ahli exco protem) sebab kami bersetuju bahawa exco tidak sepatutnya dianggotai oleh ahli-ahli parti politik.

S. Apabila PM menyatakan beliau akan melepaskan jawatannya itu pada April 2009, penulis blog politik dilihat tidak lagi mempunyai ‘common ground’ iaitu mahu melihat Pak Lah berundur dan mula memilih untuk menulis berkenaan isu dan parti pilihan mereka. adakah ini bermakna berakhirnya zaman All-Blogs?
J. Ya. Nampaknya selepas March 2008, blogger-blogger sudah membuat pilihan politik mereka.

Ramai blogger-blogger membuka blog untuk mendesak Pak Lah supaya berundur sebab mereka tidak puas hati dengan pimpinan beliau — yakni adanya anak menantu, pemberian projek-projek kepada segelintir kawan rapat, “abuse of power and position” oleh budak-budak tingkat 4, umpamanya.

Walaubagaimanapun, ini bukan bererti All Blogs akan lenyap.

S. Malaysia mempunyai banyak laman blog tetapi tiada satupun ‘blog aggregator’ yang neutral dan seimbang untuk bacaan seluruh rakyat. Semuanya berpihak ke arah pembangkang atau kerajaan. Adakah puan rasa perlua ada ‘aggregator’ yang neutral seperti yang dinyatakan tadi?
J. Ya…mungkin bagus kalau ada.

S. Pakatan Rakyat perpeluang meneraju beberapa negeri di Malaysia kerana kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bukan kerana kepimpinan dan manifesti mereka yang meyakinkan. Adakah puan setuju?
J. Benar… saya adalah antara ribuan pengundi-pengundi yang memilih calon DAP dan Keadilan pada pilihanraya yang lepas.

Bukan kerana saya percaya kepada parti pembangkang (pada masa itu), tetapi kerana rasa kecewa yang amat sangat terhadap pemerintahan BN

S. Apakah harapan dan kelainan yang puan harapkan dari Dato Seri Najib apabila memegang tampok kepimpinan UMNO dan Malaysia kelak?
J.Saya lihat Najib terus “in control” dari awal bila sudah ada kepastian bahwa beliau akan mengambil alih.

Saya rasa kita harus memberi beliau peluang untuk membuktikan kebolehan pimpinan beliau dan memenuhi janji-janji beliau.

Website : http://nursamad.blogspot.com

Similar Posts:

Popularity: 6% [?]

AddThis Social Bookmark Button



4 comments… read them below or add one

1 Milo — 04.27.09 at 10:01 am

Nuraini is ok!

Maybe you can try blog aggregator http://mylivingwall.com

2 Raden Galoh — 04.27.09 at 10:18 am

salam Bro…

Satu temuramah yang bernas…(mungkin ‘bias’ ni sbb saya mmg meminati KakEna tu…)

Teruskan usaha ini… bagus juga dapat menyelami hati blogger2 tertentu ni…

jaga diri. wassalam.

3 Syed Syahrul Zarizi — 04.28.09 at 8:25 am

@Raden Galoh

Thanks! Tangkap emosi baca TWB, how’s your book? Boleh dapat di semua kedai buku utama ke?

4 Ivashin — 02.16.10 at 7:17 pm

?????? ? ??? ??? ???????????

Leave a Comment

You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

terpilih