People and great ideas.

Dr. Kassim Ahmad. Penulis & ahli falsafah.

kassim-ahmad

Kassim Ahmad, seorang penulis dan pemikir dilahirkan pada 9 September, 1933 di Bukit Pinang, Kedah. Penulisan beliau berkenaan Hang Tuah telah mengundang kontraversi dan kritikan masyarakat, di mana beliau meletakkan Hang Jebat sebagai wirawan sejati kerana sanggup membunuh sultan kerana mempertahankan maruah dan prinsip. Beliau sekali lagi mengundang kontroversi dengan buku ‘Hadith: A Re-Evolution’ sehingga ada yang melabelkan beliau sebagai anti-hadis. Di dalam buku itu, beliau menyarankan di kaji semula hadis dan mengajak kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Kassim Ahmad pernah menjadi Pengerusi kebangsaan Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Oleh kerana pendapat beliau yang lantang dan radikal, Kassim Ahmad pernah dipenjara di bawah akta ISA selama hampir lima tahun.

Selain dari menulis buku, beliau juga merupakan seorang penulis blog yang prolifik. Kini beliau kembali dengan buku ‘Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam’ (ZI Publications Sdn Bhd, 2008). Ia merupakan sebuah memoir yang mesti dibaca kepada sesiapa yang ingin mengenali dengan lebih dekat Dr. Kassim Ahmad, seorang penulis dan ahli falsafah yang kita sering terlepas pandang. Terima kasih kepada Dr. Kassim Ahmad kerana meluangkan masa menjawab beberapa soalan saya.

Q. Berkenaan biografi/memoir Tuan berjudul Mencari jalan Pulang, berapa lamakah masa yang diambil untuk menerbitkannya?
A. Menulis kira-kira enam bulan dan terbit dalam masa dua bulan.

Q. Saya tertarik dengan judul buku itu sendiri, ‘Mencari Jalan Pulang’. Adakah ini bermakna Tuan akhirnya berjaya menjumpa dengan apa yang di cari dan melihat hidup tuan sebagai satu putaran yang sudah selesai?
A. Saya fikir saya sudah bertemu dengan kebenaran yang saya cari.

Q. Tuan tidak asing dengan kontroversi, terutama dengan pandangan berkenaan hadith, sehingga dilabel anti-hadith dan mengundang banyak kritikan. Adakah Tuan secara sedar memilih haluan ‘kiri’ atau kejujuran dan kelantangan Tuan itu sering disalah-ertikan?
A. Pendapat saya menjadi kontroversi, kerana ia tidak ikut pendapat arus perdana atau pandangan ortodoks, yang sudah menyeleweng dari kebenaran. Dalam semua hal, saya selalu pergi ke pokok-pangkal. ‘Kiri’ itu istilah politik. Dalam istilah agama, ia tidak disebut ‘kiri’.

Q. Saya tertarik dengan tulisan Tun Dr. Mahathir di dalam pembukaan memoir tuan yang menyatakan kalian pernah ‘bermusuh’ satu masa dahulu. Bagaimana Tuan lihat persahabatan Tuan dengan Tun dan relevennya memilih beliau untuk menulis kata-kata pembukaan untuk ‘Mencari Jalan Pulang’?
A. Tun Dr Mahathir seorang pejuang dan juga ahli fikir, yang saya kagumi. Beliau ada kekuatan dan kelemahannya, seperti orang lai juga.

Q. Apakah antara peristiwa penting yang banyak meniggalkan kesan di dalam kehidupan Tuan?
A. Penemuan saya kembali kepada Quran melalui Dr Rashad Khalifa, penemuan saya dengan kumpulan humanis LaRouche di A.S. dan penemuan saya dengan falsafah Parti Ba’ath Iraq

Q. Tuan telah mengkaji dengan mendalam tentang Hang Tuan yang merupakan ikon kesetiaan dan keberanian bangsa Melayu. Apa yang Tuan dapat lihat perbezaan Melayu sekarang dan dahulu terutama dari segi perwatakkan dan jati diri? Apakah kesimpulan yang boleh kita pelajari dari kajian Tuan tentang Laksamana Hang Tuah?
A. Dalam konflik ini, Hang Tuah salah dan Hang Jebat benar. Namun demikian, Jebat telah melakukan kesalahan kerana pemberontakannya telah melampaui batas dan melibatkan kezaliman.

Q. Siapakah antara tokoh yang Tuan jadikan guru dan cukup Tuan hormati?
A. Guru saya ramai. Guru kita yang pertama dan akhir ialah Tuhan.

Q. Saya juga gemar membaca blog Tuan. Bagaimana dengan maklum balas orang ramai sejak tuan mula menulis blog?
A. Orang ramai tidak boleh dijadikan ukuran bagi menentukan kebenaran. Kebenaran selalu di pihak minoriti.

Q. Tentunya kita seluruh rakyat Malaysia mahu melihat perubahan apabila Dato Seri Najub Tun Razak mengantikan Dato Seri Abdullah. Apakah pandangan Tuan terhadap situasi politik negara dan pesanan kepada mereka yang memegang kuasa?
A. Tanggungjawab pemerintahan yang pertama ialah memerintah dengan adil. Lihat dua siri artikel saya dalam blog tentang perkara ini.

Website : http://kassimahmad.blogspot.com
Ulasan buku ‘Mencari Jalan Pulan’ oleh Jiwarasa.

Similar Posts:

Popularity: 8% [?]

AddThis Social Bookmark Button



12 comments… read them below or add one

1 artdeep — 04.16.09 at 6:54 pm

for me..he is still one of the anti-hadith.As his biography book is to back him up .From what i read ,his biography is to cover back of what he was last time.So,its useless or its just waste of money to buy his book.He still stands for his anti-hadith attitudes.

2 Syed Syahrul Zarizi — 04.18.09 at 4:18 pm

beliau memang seorang yang tidak asing dengan kontroversi. Kita mungkin mempunyai pendapat yang berbeza tetapi sebaiknya kita bersikat terbuka. Walaupun saya tidak setuju dengan Bush tetapi ada juga saya baca berkenaan beliau untuk mengetahui mengapa beliau melakukan sesuatu perkara tersebut.

3 ujangloko — 04.25.09 at 9:58 pm

salam sejahtera…
sebenarnya tak rugipun mempertahankan kebenaran. malah ada ganjarannya tetapi bukan itu tujuannya. apa yang penting hanay orang yang sabar dan khusyuk dalam solatnya akan sanggup mengubah kiblat dari baitumuqadis ke mekah.
maksudnya kembalilah kepada alquran kerana sesungguhnya cukuplah kitab ini menjadi pendoman bukan selain itu. acapkali allah swt mencabar manusia apakah tidak sempurna alquran itu sehingga perlu kita lain untuk menjelaskan?
padahal al quran itu nur qarim sementara hadis bukan cahayaNya. ia adalah fikiran manusia yang berasaskan persangkaan semata-mata. kosong tanpa roh.
jadi kembalilah kepada al quran kerana ini panduan hidup yang dapat menyelamatkan diri dari azab seksaNya!

4 cyrus — 04.30.09 at 2:10 pm

ejaan byk salah. terganggu aku untuk membaca dengan lancar~

5 cocunut tree — 05.07.09 at 5:32 pm

salam,

mmg susah melawan arus…
kelak mereka akan tau siapa yang gila.

6 skaterzooper — 05.16.09 at 10:13 am

ntah..aku xberani kata dia anti-hadith @x…just dari kecil aku di didik kassin ahmad= anti hadith

then ..bila aku dah besar, aku fikir… aku xlayak nilai org selagi aku xselidik..so, aku nak beli buku dia arr…

then…SARING ngan ILMU ISLAM…. so.. baru boleh nilai samada dia anti hadith @ x…jgn main tuduh tanpa mmbaca…

-xsuka main lompat2 macam katak kat perak

7 mas aman — 06.06.09 at 2:18 pm

hidup biar bergun dan mati tinggal jasa.begitulah sedikit arus hidup laluan dr kassim.tetapi sampai bila akan siap cita-cita dr.untuk menerbit terjemahan quran yang agung ,sepadan dengan moto JAM.kita di sini belum lagi punyai tafsiran sendiri tentang isi quran yang ada di pasaran.tidak seperti negara jiran kita yang telah dapat dipasarkan keluar negara terutama ada di tempat kita.insyaAllah jika ada galakkan dari pemerintah dr.dan rakan-rakan dapat meneruskan perjuangan.insyaAllah!

8 zulma — 08.25.09 at 11:09 am

Biasa ler bila ugama dah berpuak-puak yang berlandaskan kepentingan masing-masing. Sebab itulah Kristian terbitkan “New testiment” untuk memperbetulkan kandungan Bible agar menyokong agenda puak-puak yang berpengaruh. Kita yang muslim ni kumpulkanlah pulak hadis-hadis tu semata-mata untuk mempertahankan bahawa Al-Quran itu masih original kandungannya. Akhirnya timbullah satu lagi bahan rujukan ciptaan manusia yang telah dianggap setaraf dengan Quran. Kan jadi macam dua kali lima saja tu… Nauzubillah…

9 Syed Syahrul Zarizi — 08.25.09 at 12:03 pm

Thank you for the comments. Selamat menyambut Ramadan!

10 SUHANSA88 — 09.11.09 at 6:33 pm

Hi Brother Kasim Ahmad,
How are you with your health. Please live many more years till you see some acceptance of your heartful discoveries and findings. Whether you see it or not the landmarks via your thoughts have been embedded in the seeking minds all around the globe. To have been born to make a stand itself is a grace.

I am born in Kulim and am living in Penang. Have observed your works to serve mankind from the early days of teaching in USM if I am not mistaken. I met you a couple of years back at tea stall in Pulau Tikus. I would like to communicate with great minds like you.

The real does not die, the unreal never lived”

Thank you wishing you and family “a joyful Raya Idil Fithri”.

11 spookycouch — 10.26.09 at 3:22 am

I have just recently discovered (for the past 20 minutes or so) Kassim Ahmad, despite having seen his book at bookstores and his name mentioned in a few essays, and he left me pretty much back then unimpressed.

But what I didn’t really know is that he is attributed as one of the greatest philosophers in Malaysia, and philosophers are highly regarded in my opinion, whether or not their beliefs are right or wrong. Perhaps his views are rather radical in our society, such that it was much publicized without being extensively reviewed, and hence most, people tend to ignore his works.

I for one, am very fascinated by this man, because he, wishes to find truth unconstrained by traditional means, and want others to realize that quest for truth is painstaking yet possible. Therefore I’m very interested to actually know what he has to say, and would like to read all of his works. Thank you for the article and the interview.

p/s ; Sadly enough there is no wikipedia entry about him.

12 SUHANSA88 — 11.05.09 at 11:13 pm

Hi brother Kassim,
Humans do not realise that his/her existence is primary. Without his “awarness” his mind, body and environment do not exist. Given some thinking our brains will tell us that everything “exists” after one’s awareness first. A doctor sedates a patient to operate on him. When his mind is “taken off” the body could be cut into pieces. The mind (5 senses) is designed to be outward bound by this “awareness” is us. Our senses do not go inward bound. Even our blood that travels under our skin is not realised. Sadly we do not realise that we must be here “first” even to think of god or anything else outside.
All illness begin in the mind because of a belief system saved voluntarily in the hard disc of our memory. Unwind/remove this virus by “looking” at the “looking” mind. We will come face to face with this “awareness” visible in all creatures and humans.

Leave a Comment

You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

nietzsche